Monday, July 22, 2013

Isu-isu Pak Busu

1- Isu pasangan Alvin dan Vivian 'bergurau' tentang bulan Ramadan dengan gambar bak kut teh;

Tak terasa hati, cuma perasaan saya seperti "eh kurang cerdiknya". Pada saya buat apalah nak terasa, Islam adalah lebih besar daripada senda gurau orang-orang bodoh. Bagaimanapun, saya setuju tindakan diambil ke atas mereka, bukan kerana benci tapi kerana keadilan dan atas dasar mempertahankan maruah Islam. Semoga mereka akan lebih 'celik' selepas ini.

2- Isu anak kecil meninggal dunia akibat ditinggalkan 5 jam dalam kereta oleh ibunya (seorang guru) yang tergesa-gesa nak ke mesyuarat di sekolah, sehingga terlupa anaknya.

Mendengar perbualan orang di sekeliling tentang kejadian ini agak meng'amuse' kan saya. Of course, ramai yang pantas menyalahkan si ibu, dan tak kurang juga yang menyalahkan pihak sekolah sebab buat mesyuarat?

Saya ambil kata-kata abah saya saja; "Allah buat dia terlupa, itu ujian untuk dia. Kita pun Allah boleh buat terlupa juga."

Apapun kejadian itu satu teladan serta peringatan untuk semua. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.

3- Isu masjid/surau di sebuah negeri tak dibenarkan tazkirah ketika solat terawih;

Bak kata ustaz di masjid depan rumah saya, "Memang tak boleh bercakap pun masa solat!" hehe.. Pada saya kerajaan negeri bukannya tak nak bagi bertazkirah, tapi mungkin hendak mengelakkan tazkirah yang terlampau panjang, meleret-leret sampai jemaah jadi 'lemas' dan tidak fokus lagi untuk mendengar. Akhirnya apabila tiba masa untuk terawih, jemaah dah letih mental lalu kurang khusyuk (pengalaman sendiri).

Kalau ustaz-uztaz penceramah bijak menggunakan waktu dan menyampaikan tazkirah secara padat dan ringkas,  tak akan timbul halangan seperti ini. Jemaah juga akan dapat lebih banyak manfaat. Mungkin sebab dah banyak kali terjadi, iaitu tazkirah bertukar menjadi ceramah, maka, orang Islam di negeri tersebut merasakan satu tindakan perlu diambil.

Pada saya walaupun hanya satu dua ilmu yang disampaikan tetapi dapat diingati jemaah adalah lebih baik daripada percakapan yang berjela-jela tapi akhirnya yang jemaah ingat hanyalah lawak jenaka ustaz tersebut.


4- Isu 'puisi' Imam Shafie sesat

"Tuhanku aku tidak layak masuk syurgamu. Namun aku tidak sanggup menghadapi nerakamu"

Sesat ke ayat ni?

Hanya para ulama dan tok-tok guru yang handal belaka yang diberi 'izin' untuk menjawab..

Yang saya pelik, ialah ustaz-ustaz yang tak bersetuju dengan kenyataan ini, memarahi ustaz yang mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mereka berceramah. Ok, mungkin mereka mahu memberi penjelasan pada orang ramai, untuk mengelakkan kekeliruan, tapi sampai ada yang memaki hamun dengan perkataan 'bodoh'?

Kalau nak marah, pergilah dekat ustaz tu depan-depan. Marah belakang-belakang ni 'coward' kata orang putih. Dan mungkin boleh jadi mengumpat juga. Tak elok tau orang-orang 'cerdik pandai' agama mengumpat. Wallahualam.


Sekian isu-isu Pak Busu..

Selamat berpuasa! 




2 comments:

  1. isu isu semasa yang panas ni, sudah sudahlah, jom kita kerja, buat amal , tok sah gaduh

    ReplyDelete
  2. kerja sama-sama kita semua! menuju... ke hadapan!

    ReplyDelete