Wednesday, March 18, 2015

Selamat Hari Jadi 2 tahun Yasmin.

Kehadapan anakanda Yasmin

Hari ini usia Yasmin mencecah dua tahun. Walaupun baru dua tahun Yasmin sudah pandai menunjukkan kasih sayang. Yasmin sentiasa bersedia untuk dipeluk cium oleh mama dan pandai pula peluk dan sayang ayah, adik Helena, tok Saaid dan tok Nah.

Yasmin sudah tahu menyebut banyak perkataan dan memahami maksudnya.

Yasmin suka mengajuk perbualan dalam animasi Upin Ipin dan Boboiboy. And you like to do this, loudly, to Helena's face. I admit that it is funny but your sister does not like it, so please try harder to stop.


Yasmin suka berada di taman permainan, tapi tak mahu bermain permainan seperti gelongsor dan sebagainya, serta tidak suka bercampur dengan kanak-kanak lain.

Mama dan ayah pernah bawa Yasmin ke taman tema air, tapi Yasmin tak nak bersama-sama orang lain main air di kolam.

Tak apalah Yasmin. Mungkin Yasmin ragu-ragu, mungkin juga Yasmin takut.

Takut itu perkara biasa. Seseorang itu akan berasa takut apabila tidak biasa atau selesa dengan sesuatu.

Takut itu menunjukkan bahawa kita ini manusia biasa. Takut itu menunjukkan bahawa seseorang itu ada BERFIKIR tentang kesan buruk yang akan menimpanya.

Sebenarnya hanya seorang penakut sahaja ada potensi untuk jadi orang yang berani. Sebab orang yang berani bukanlah orang yang tidak takut, tetapi orang yang berani adalah orang yang mengatasi rasa takutnya.

Bagaimana mahu mengatasi rasa takut?

Satu. Yasmin kena tahu dan faham bahawa mengatasi segala sesuatu dan yang memutuskan semua perkara itu adalah Allah. Jadi bawakan rasa takut itu pada Allah dan mohonlah keberanian daripadaNya.

Kedua. Belajar. Ilmu akan membantu kita dalam banyak perkara.

Jadi jangan risau Yasmin. Ada banyak perkara dalam hidup ini yang boleh diuruskan. (Yang tak boleh biar Allah sahaja uruskan)

Maju terus dan enjoy this short life!

Yang benar,
Mama :-)