Saturday, July 6, 2013

CUTI PANJANG

Bermula daripada 18 Februari sehinggalah hari ini aku bercuti. Dah hampir lima bulan. (Lama tuu.. tapi kenapa rasa sekejap je ye?) Cuti ini bukanlah cuti yang kosong, mungkin juga cuti yang paling 'berisi' dalam hidup aku.

Bulan pertama aku bercuti atas sebab perubatan, MC. Ceritanya pada pagi Isnin bertarikh 18 Februari itu aku mengalami pendarahan. Aku ingat lagi dalam perjalanan ke hospital aku dengar lagu Jason Mraz. Nak tenangkan perasaan yang sedikit cemas kerana ada kemungkinan aku nak bersalin hari tu.

Walaupun simptom nak bersalin dah ada, doktor bagi ubat untuk kurangkan. Seboleh-bolehnya dia mahu kandungan aku cukup bulan sebelum bersalin (due date 30 Mac) untuk pastikan paru-paru bayi kuat dan tak banyak masalah nanti. Doktor juga bagi MC supaya aku dapat rehat di rumah. Oleh sebab hampir tiap-tiap malam aku alami 'contraction' aku terus ber'MC' sampai sebulan.

Yasmin lahir betul-betul sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac, jam 5.37 petang.

                                                        *Yasmin, tiga bulan, botak!

Pengalaman bersalin normal sukar diceritakan. Sakit memang sakit, tapi kalau tanya aku sekarang macam mana rasa sakit tuh, aku sendiri dah tak ingat. Yang aku ingat ialah perasaan takut tak dapat jumpa Yasmin serta orang-orang tersayang yang lain masa aku dibiuskan untuk rawatan kecemasan, akibat pendarahan selepas bersalin. Satu ketakutan yang menginsafkan dan mengingatkan aku tentang siapa sebenarnya yang memegang kuasa terbesar untuk memutuskan segalanya dalam kehidupanku.

Tiga bulan seterusnya adalah cuti bersalin termasuk 45 hari berpantang. Pengalaman berpantang juga menarik sebab aku merasai sendiri bagaimana badan yang lemah (yang pada awalnya aku rasa macam tak boleh nak baik) menjadi kuat dan sihat sedikit demi sedikit.

Tempoh pantang diakhiri dengan PRU ke-13 pada 5 Mei. Jangan marah.. aku tak pergi mengundi.. ngehh..

Habis berpantang di rumah abah dan mama, aku dan Yasmin balik ke rumah kami dan bermulalah episod aku menjaga Yasmin sendiri. Pada awalnya takut-takut juga terutamanya bab nak mandikan si kecil ni, tapi sekarang dah biasa dah. Yasmin pun suka mandi. Diam je tak nangis pun. Baik anak mama.

Sepatutnya aku mula kerja pertengahan bulan lepas, tapi aku sambung cuti lagi. 46 hari cuti tahunan dan tiga bulan cuti tanpa gaji. Makanya aku hanya akan mula bekerja November nanti. Jangan jeles.. ngeehh..

Keputusan untuk ambil cuti panjang ni sebab aku nak jaga Yasmin sendiri. Sekurang-kurangnya hingga dia 'besar' sikit untuk hantar ke nursery. Itu rancangan buat masa sekarang, tengoklah kalau ada rezeki dapat seorang pembantu, mungkin tok abah dan tok mamanya boleh tolong jagakan. Sementara itu, kenalah mula cari nursery yang sesuai.

Selain menjaga Yasmin, cuti panjang ini aku harap dapat buat sesuatu  yang berfaedah. Banyak yang aku rancang nak buat tapi hasilnya kena tunggu dan lihat. Semuanya bergantung pada disiplin diri sendiri yang selama ini tak seberapa disiplinnya. 

Mungkin juga matlamat mendisiplinkan diri itu patut dimasukkan dan diletakkan paling atas dalam 'what to do list' aku. :-p

Signing off dulu.. nanti sambung cerita..

Selamat malam..




 








No comments:

Post a Comment