Wednesday, December 12, 2012

Three years; you, me and the incoming third person :-)

How time flies. It seems like yesterday that we get married and yet I feel like I've known you forever.

Truth be told, deciding to marry you was probably the most reckless and riskiest decision I have ever made. But it is the truth too that I have never regretted making that decision.

We were only started to get know each other, like what, a month? before the nikah. And yet we managed to live it through for three years now. You are undoubtedly my best friend, the ever patient listener, the prudent adviser, the one who always has faith in me. You are also the father to the baby that is currently kicking from inside my belly and a great one you will be too.

I thank Allah for this most wonderful and beautiful feeling. I thank Allah for guiding us through. I thank Allah for 'lending' me you for you are my heaven in this world.



Happy Anniversary. May Allah bless us with many many more happiness. 


Friday, December 7, 2012

Jalan-Jalan Hari Cuti

Hari ini jalan-jalan di Jusco Bukit Tinggi bersama Irina

Jumpa barang-barang untuk rumah baru; 

Saya suka!





Tapi tak beli pun, survey sahaja dulu :-p

Lepas itu pergi makan di Black Canyon Coffee. Sedaaapp! Makanan fusion Thai dan Western. Harga ok dan servis pun bagus.

 

kesukaanku, yogurt longan. Nama rasmi Chiang Mai Paradise



Kami teruskan perjalanan. Masuk macam-macam kedai. Antara yang ku berkenaan ialah kedai baju Nichi (harga agak murah serta design baju cantik dan labuh) dan juga beberapa kedai kasut. Setelah penat berjalan-jalan, perutku menjadi senak, dan matapun dah berat. Jadi kami lepak 'bermanis-manisan' di Lavender;


Lepas desert, jalan-jalan lagi. Konon tak nak beli apa-apa, nak tunggu gaji, tapi terbeli juga minyak wangi di Body Shop.. :-p

baunya shuwitt sangat.. 


Kesimpulannya, hari yang menggembirakan. Sebab itu mahu diabadikan di sini, sebagai kenang-kenangan di masa depan yang belum pasti duka atau bahagia.


Thursday, December 6, 2012

buku-bukuku

Tadi merewang di MPH, lalu terjumpa beberapa buah buku yang aku minat nak baca. Antaranya;

Bagaimanapun, masih ada buku-buku ini di rumah yang BELUM dibaca;

Lagipun, pulus sudah semakin pupus.. jadi kena tunggu gaji..
Sekian.

"Membaca jambatan ilmu" / "Bacalah kamu sebelum kamu dibacakan Yassin"



Saturday, December 1, 2012

mood yang 'down' dan perutku yang 'up'

Beberapa hari kebelakangan ini cepat je terasa down. Kadang-kadang terasa masa terlalu pantas berlalu sehingga tak beri peluang untukku 'termenung' sebentar, tapi kadang-kadang terasa sangatlah lambatnya masa ini berlalu, sebab tak sabar nak jumpa putera/puteri kesayangan yang tengah berenang-renang dalam perut ketika ini :-)

Di pejabat tak berapa semangat nak bekerja. Dah bosan mengadap cerita-cerita tentang sukan, apatah lagi badminton. Ingat nak tukar ke  news desk atau sekurang-kurangnya tukar fokus sukan lain. Malasnya nak ambil tahu pasal Chong Wei, BAM, beregu, tournament dan ntah apa-apa lagi. Bluwekk!

Di rumah, tak da nafsu nak mengurus rumahtangga. Malas nak masak, mengemas dan lain-lain aktiviti yang seangkatan dengannya. (Tapi aku masih lagi rajin iron baju suamiku, so ok lagi la kan?)

Adakah ini yang dikatakan 'pembawaan budak'? Walaupun aku sebenarnya tak percaya benda-benda ni. Kalau dah malas tu kenapa nak salahkan bayi dalam perut pula. Betul tak?

Harapnya perasaan ini hanya satu fasa yang akan berlalu. Selepas ini aku akan lebih bersemangat untuk menguruskan urusan-urusan hidupku. Kerja itu tanggungjawab, kerja rumah pun tanggungjawab. Kalau aku tak buat, siapa nak buat ye tak?

Meskipun emosi 'down' perut pula semakin 'up'. Minggu depan genap enam bulan! Sudah rindu pada si dia yang belum kutemu.. Siapa lagi kalau bukan si kecil yang sedang 'menumpang' pada diriku. Si penumpang cilik yang sangat dialu-alukan. Nanti bila sudah mahu keluar daripada 'lori kargo' ini, keluar elok-elok ya, jangan takut.. ada orang akan menjagamu di sini dengan penuh kasih sayang.. InshaaAllah..