Saturday, December 1, 2012

mood yang 'down' dan perutku yang 'up'

Beberapa hari kebelakangan ini cepat je terasa down. Kadang-kadang terasa masa terlalu pantas berlalu sehingga tak beri peluang untukku 'termenung' sebentar, tapi kadang-kadang terasa sangatlah lambatnya masa ini berlalu, sebab tak sabar nak jumpa putera/puteri kesayangan yang tengah berenang-renang dalam perut ketika ini :-)

Di pejabat tak berapa semangat nak bekerja. Dah bosan mengadap cerita-cerita tentang sukan, apatah lagi badminton. Ingat nak tukar ke  news desk atau sekurang-kurangnya tukar fokus sukan lain. Malasnya nak ambil tahu pasal Chong Wei, BAM, beregu, tournament dan ntah apa-apa lagi. Bluwekk!

Di rumah, tak da nafsu nak mengurus rumahtangga. Malas nak masak, mengemas dan lain-lain aktiviti yang seangkatan dengannya. (Tapi aku masih lagi rajin iron baju suamiku, so ok lagi la kan?)

Adakah ini yang dikatakan 'pembawaan budak'? Walaupun aku sebenarnya tak percaya benda-benda ni. Kalau dah malas tu kenapa nak salahkan bayi dalam perut pula. Betul tak?

Harapnya perasaan ini hanya satu fasa yang akan berlalu. Selepas ini aku akan lebih bersemangat untuk menguruskan urusan-urusan hidupku. Kerja itu tanggungjawab, kerja rumah pun tanggungjawab. Kalau aku tak buat, siapa nak buat ye tak?

Meskipun emosi 'down' perut pula semakin 'up'. Minggu depan genap enam bulan! Sudah rindu pada si dia yang belum kutemu.. Siapa lagi kalau bukan si kecil yang sedang 'menumpang' pada diriku. Si penumpang cilik yang sangat dialu-alukan. Nanti bila sudah mahu keluar daripada 'lori kargo' ini, keluar elok-elok ya, jangan takut.. ada orang akan menjagamu di sini dengan penuh kasih sayang.. InshaaAllah..

No comments:

Post a Comment