Saturday, March 31, 2012

hidupku dalam klip video

on the way to work, or when I need to start a new, the background song would be Unwritten by Natasha Bedingfield:

I am unwritten, can't read my mind, I'm undefined
I'm just beginning, the pen's in my hand, ending unplanned/

I break tradition, sometimes my tries, are outside the lines,
We've been conditioned to not make mistakes, but I can't live that way
Staring at the blank page before you
Open up the dirty window
Let the sun illuminate the words that you could not find
Reaching for something in the distance
So close you can almost taste it
Release your inhibitions
Feel the rain on your skin
No one else can feel it for you
Only you can let it in
No one else, no one else
Can speak the words on your lips
Drench yourself in words unspoken
Live your life with arms wide open
Today is where your book begins
The rest is still unwritten


at times when I'm feeling down because of mistakes I've made;

Ajari aku 'tuk jadi pria terhebat
Mungkin terlalu lama aku telah bersembunyi
Menatap matahari pun aku tak mampu
Udara malam pun terlalu menyusuk mataku.. Pria Terhebat by Sheila on 7

my feel good song: How do You do By Roxette, treating the song like it is meant for me:

I see you in that chair with perfect skin.
Well, how have you been, baby, livin' in sin?
Hey, I gotta know,
did you say Hello
How do you do?


lately I'm fond of this song, it makes me feel 'grimly cool'...

All the other kids, with pumped up kicks
You better run, better run, outrun my gun
All the other kids, with pumped up kicks
You better run, better run, faster than my bullet.. pumped up kicks by foster the people

also this song, when I want to jiwang myself;

Walau kau tiada di sini kutetap ingat
Semua pesanmu
Kuhidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku... patah seribu by shila amzah

 to be continued... :-)




Wednesday, March 28, 2012

masa


Aku mungkin antara orang yang percaya bahawa manusia BOLEH kembali ke masa silamnya, IAITU dengan kuasa Allah. Tapi setelah berfikir dengan penuh khusyuk, aku buat kesimpulan yang ia TIDAK AKAN terjadi for a simple reason that God would not break His own rule.

Kalaulah diizinkan aku untuk kembali ke masa lepas, aku akan pilih satu titik dalam life aku untuk start again. Aku nak undo all the bad decisions yang aku ambil dan nak buat semua perkara yang aku sepatutnya aku buat. Tapi, kalaulah aku diberi second chance yang begitu rupa, orang lain pun patutnya berpeluang untuk second chance yang sama, barulah adil kan?

Macam seorang ibu yang anaknya diculik, sebab dia benarkan anaknya jalan seorang diri pergi kedai, tentu akan manfaatkan 'second chance' tersebut sebaiknya. Dia tak kan benarkan anaknya keluar, anak pun selamat dan dia pun tak kan dibebani rasa bersalah lagi. Semua orang happy, habis cerita.

Bagaimanapun, kalau aku dan si ibu, dan semua yang rasa dirinya berhak dapat second chance untuk undo kesilapan, seorang pembunuh psyco atau seorang perogol tegar pun berhak diberi peluang yang sama. Tapi, pembunuh psyco dan perogol tegar, jika diberi peluang untuk kembali ke masa silam, belum tentu lagi mereka akan gunakan kesempatan yang diberi itu untuk repent atau bertaubat. Entah-entah diorang akan pilih satu 'titik' dalam kehidupan diorang untuk melepaskan diri daripada hukuman.


Jadi untuk keadilan, semua orang pun tak boleh balik ke masa lepas mereka. What's done is done. There is no turning back. No turning back time.

Lagipun aku terfikir juga, kalaulah aku seorang saja yang boleh kembali ke masa lepas, tentu menjadi 'beban' pada aku untuk halang orang lain yang aku kenal daripada buat silap dalam hidup diorang. Contohnya halang si X berkahwin dengan si Y sebab aku tahu X tak kan bahagia, atau halang si Z bawa kereta malam-malam sebab aku tahu dia akan kemalangan, yalah benda-benda macam tuh. Mesti aku tak happy dan tak boleh nak beraman damai, melainkanlah aku ni tak berhati perut.

Dan mesti aku rindu bangett kat husband aku sekarang. Nak kena tunggu berapa tahun lagi baru boleh kenal dia.. huh.. sungguh tak seronok!

Masa yang berputar dan akan terus berputar adalah satu ketetapan Tuhan, dan Tuhan tidak akan ubah ketetapanNya sendiri, kerana prinsip keadilanNya yang MAHA ADIL.

Mungkin 'masa' membolehkan kita melihat siapa yang akan benar-benar insaf dan bertaubat. Apa pun, kehidupan sebenarnya memberi kita banyak peluang kedua. Untuk orang-orang yang berfikir, untuk orang-orang yang takut pada Allah, tentulah mereka akan ambil peluang kedua itu. Namun, untuk orang-orang yang tamakkan dunia, jika diberi peluang kedua, ketiga, keempat dan berapa banyak peluang pun, belum tentu lagi mereka akan bertaubat.

Jadi, dengan kesimpulan itu, aku simpulkan, tak usah buang masa fikir pasal nak kembali ke masa silam lagi Ainul Huda! Sebaik-baiknya cherish setiap masa yang ada SEKARANG, dan buat yang terbaik untuk masa DEPAN. Sekian.

di mana bulan aku mencarimu



di mana bulan aku mencarimu
dalam kembara malam yang panjang
tika sang kekasih semakin rindu
dan yang mengharap berdoa syahdu
penyair mencari ilham
pemikir mentafsir kalam
kaki musafir telah letih
hati yang sedih bertambah pedih

di mana bulan aku mencarimu
dingin hawa malam mencengkamku
dan aku masih tercari-cari cahayamu
temanilah aku dalam setiap derap langkah
tenangkanlah jiwa yang makin gelisah

di mana bulan aku mencarimu
dalam penantian fajar subuh
yang masih jauh

Thursday, March 15, 2012

kisah lampu isyarat

Pada satu malam yang tidak sunyi, lampu isyarat di sebuah simpang empat di sebuah kota tiba-tiba tidak berfungsi. Rosak. Tiada lagi lampu hijau, kuning atau merah. Kebetulan pula kerosakan itu berlaku pada waktu penghuni kota pulang bekerja.

Kenderaan yang ada berbuat suka hati mak bapa datuk mereka. Menderu-mendera saja untuk masuk ke simpang masing-masing. Akibatnya, 'kaku' di tengah-tengah simpang. Masing-masing tak boleh bergerak. Bunyi hon membingit, jeritan caci maki kedengaran.

Sehinggalah seorang hamba Allah keluar daripada keretanya, berdiri di tengah-tengah simpang dan mengambil alih tugas lampu isyarat itu.

Beliau mengatur siapa yang boleh jalan dulu dan siapa yang kemudian. Apa boleh buat, polis tak sampai-sampai, so pakcik tuh pun berdirilah di tengah-tengah simpang sehingga pukul berapa pun aku tak tahu.

Teladan yang aku pelajari ialah apabila semua orang nak cepat, nak sampai dulu sehingga tiada tolak ansur, akhirnya semua orang pun tak dapat pergi mana-mana.

Itulah natijah mengikut nafsu yang gelojoh. Semua nak, dah dapat nak lagi, nak pula cepat-cepat. Sehingga lupa budi bahasa, lupa kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia, lupa untuk berlaku adil..

Kalau ramai yang begini akibatnya jadilah macam keadaan di simpang itu. Tiada kemajuan, semua orang pun rugi, sehinggalah, kalau bernasib baik, muncul seorang pemimpin.

Pemimpin yang sejati. Iaitu yang menyedari ada masalah dalam sesuatu bangsa atau organisasinya, tahu cara untuk menyelesaikannya, dan yang paling penting bangkit untuk melakukannya.

Begitulah kisah lampu isyarat rosak. Kisah benar. Aku terperangkap lebih kurang 45 minit sebelum sampai ke simpang itu dan melihat pakcik itu berdiri di tengah-tengah simpang, membahayakan dirinya, berlagak seperti seorang polis trafik. Salut pakcik lampu isyarat!

Wednesday, March 7, 2012

luahan hati 2

Assignment tamat pukul 3.20. Oleh sebab nak hantar story cepat, aku stay kat tempat assignment tulis story. Story siap ditulis dan dimasukkan dalam sistem 4.10. Tulis lagi satu story. Zap zap zap.. siap.. Dalam pukul 5 petang aku gerak balik office. Jam. Hujan. Aku sampai office 6.30. Story pertama transmit 6.59!

4.10 ke 6.49.. 2 jam 39 minit..

and yet, reporter juga yang selalu dituduh punca story lambat. Lambat tulis story, itulah yang kitorang selalu kena.

Dah tiba masa ubah sistem yang ada. Dari dua saringan, satu cukuplah. Satu saringan lagi untuk story yang penting dan terjemahan.

Ramai yang berpangkat tinggi, gaji pun masyuk, tapi tanggungjawab dan kerja tak seberapa.. Yelah, kalau ada masa lepak kat kafe sampai sejam tuh, memang SAHlah tak banyak kerja kan?

Sekadar luahan rasa..

luahan hati ketika hujan

Di mana agaknya kota terbaik untuk tinggal? Sebuah kota yang kalau hendak ke mana-mana paling lama pun ambil masa 15 minit saja. Tiada trafik jam dan kelelahan menunggu. Tiada asap kelabu menyesakkan nafas. Tiada deru kenderaan membingitkan telinga.

Sebuah kota yang jalannya lapang dan dinaungi pohon-pohon hujan. Di dalam kota itu ada taman-taman. Di dalam taman-taman itu ada bunga-bunga dan udara kota itu yang bersih membolehkan wangi bunga tadi dapat dinikmati penghuni kota. Pada waktu malam pula langit dihiasi bintang-bintang.

Hakikatnya di sinilah aku. Di sebuah kota bernama Kuala Lumpur. Kini 'terperangkap' dalam sebuah pejabat. Hujan lebat di luar tuh. Aku memilih untuk terperangkap di sini daripada di luar sana dalam kesesakan jalan raya. Malas nak bawa kereta.

Kereta atau kenderaan berenjin petrol ni memang satu ciptaan yang hebat. Nak ke mana-mana cepat saja, tak perlu jalan kaki. (atau naik kereta lembu?) Tempat yang jauh dah terasa dekat.

Macam mana pun, apabila terlalu ramai yang mampu memiliki kereta, jalan menjadi semakin sempit, akibatnya terpaksa pula berhimpit. Berasak untuk bergerak. Akhirnya perjalanan yang kononnya cepat jadi lambat juga.

Asap kenderaan menyelebungi. Bunyi bising membingit. Hiduplah aku bersama pencemaran dan kekotoran. Penyakit bertambah. Mengancam dan menakutkan. Bukan penyakit fizikal saja, malah penyakit jiwa. Manusia jadi semakin tak sabar termasuklah aku. Apabila ada kereta perjalanan yang memang dah cepat, nak dicepatkan lagi, sampai sanggup memandu cara merbahaya.

Inilah hidup aku di akhir zaman ini. Bukan aku kesalkan takdir, cuma sekadar luahan rasa. Kalau lahir zaman dulu pun, tak semestinya aku akan rasa happy.

Persoalannya di manalah agaknya kota terbaik untuk tinggal? Hmm..

Monday, March 5, 2012

lonely night in Palembang

i never get to see the moon in Palembang
nor stars in its night sky
but i still feel the blues
of a lonely heart in a lonely night..
i never get to see you when i left
nor to touch you like i would
so here i am, wondering that out
with my lonely heart, in this lonely night in Palembang


#berjiwang karat masa cover Sukan Sea di Palembang tahun lepas ;-)

siapa salah?

Aku nak salahkan kau.

Kau yang salah dalam perkara ini.

Tapi aku rasa aku juga ada salah.

Atau baik saja salahkan Tuhan? Sebab semua.. SEMUA.. di bawah ketentuanNYA?

Menjadi manusia memang banyak beban. Mana tidaknya kalau kita bagus, we cannot take credit, tapi kalau kita salah, oh yeah! memang SALAH KITA! Like the saying goes, "yang baik dari Tuhan, yang buruk dari saya". Begitulah..

I really like to have one good conversation with God one day. Or maybe not. Meeting God? SCARY. But then, my vision of God is not as scary as some people I know. I think.