Thursday, March 15, 2012

kisah lampu isyarat

Pada satu malam yang tidak sunyi, lampu isyarat di sebuah simpang empat di sebuah kota tiba-tiba tidak berfungsi. Rosak. Tiada lagi lampu hijau, kuning atau merah. Kebetulan pula kerosakan itu berlaku pada waktu penghuni kota pulang bekerja.

Kenderaan yang ada berbuat suka hati mak bapa datuk mereka. Menderu-mendera saja untuk masuk ke simpang masing-masing. Akibatnya, 'kaku' di tengah-tengah simpang. Masing-masing tak boleh bergerak. Bunyi hon membingit, jeritan caci maki kedengaran.

Sehinggalah seorang hamba Allah keluar daripada keretanya, berdiri di tengah-tengah simpang dan mengambil alih tugas lampu isyarat itu.

Beliau mengatur siapa yang boleh jalan dulu dan siapa yang kemudian. Apa boleh buat, polis tak sampai-sampai, so pakcik tuh pun berdirilah di tengah-tengah simpang sehingga pukul berapa pun aku tak tahu.

Teladan yang aku pelajari ialah apabila semua orang nak cepat, nak sampai dulu sehingga tiada tolak ansur, akhirnya semua orang pun tak dapat pergi mana-mana.

Itulah natijah mengikut nafsu yang gelojoh. Semua nak, dah dapat nak lagi, nak pula cepat-cepat. Sehingga lupa budi bahasa, lupa kasih sayang dan hormat-menghormati sesama manusia, lupa untuk berlaku adil..

Kalau ramai yang begini akibatnya jadilah macam keadaan di simpang itu. Tiada kemajuan, semua orang pun rugi, sehinggalah, kalau bernasib baik, muncul seorang pemimpin.

Pemimpin yang sejati. Iaitu yang menyedari ada masalah dalam sesuatu bangsa atau organisasinya, tahu cara untuk menyelesaikannya, dan yang paling penting bangkit untuk melakukannya.

Begitulah kisah lampu isyarat rosak. Kisah benar. Aku terperangkap lebih kurang 45 minit sebelum sampai ke simpang itu dan melihat pakcik itu berdiri di tengah-tengah simpang, membahayakan dirinya, berlagak seperti seorang polis trafik. Salut pakcik lampu isyarat!

1 comment:

  1. i had the same exact experience dkt traffic light dkt brunsfield. So near yet, stuck lama gila dlm hujan because of 1 car yang insist to jalan walaupun lampu merah. akibatnye, everyone got stuck. Maki hamun dalam kereta aku pun byk. Then ade pakcik tua in one of the cars in front, keluar kereta, pakai payung and walked in the rain tu tell that car what to do and help moved the traffic again. Salute juga kepada pakcik itu, may his life be of ease.

    ReplyDelete