Sunday, December 1, 2013

Saturday, July 27, 2013

M.A.S.A

MASA tidak akan berputar kembali,

MAKA, lebih baik mengkhayalkan yang baik-baik untuk masa depan, daripada memikirkan apa yang boleh diubah pada masa dahulu,

KERANA, apa yang sentiasa ada dalam otak kita, adalah signal untuk THE UNIVERSE,

DAN, apa yang kita sebut-sebut selalu adalah DOA,

JADI, jika ada izin TUHAN, impian itu boleh menjadi kenyataan,

WALHAL, episod dahulu walau kerap dikenang, tidak akan membawa apa-apa faedah, malah membuang masa, yang, (ulang sekali lagi) tidak akan berputar kembali.

Monday, July 22, 2013

Isu-isu Pak Busu

1- Isu pasangan Alvin dan Vivian 'bergurau' tentang bulan Ramadan dengan gambar bak kut teh;

Tak terasa hati, cuma perasaan saya seperti "eh kurang cerdiknya". Pada saya buat apalah nak terasa, Islam adalah lebih besar daripada senda gurau orang-orang bodoh. Bagaimanapun, saya setuju tindakan diambil ke atas mereka, bukan kerana benci tapi kerana keadilan dan atas dasar mempertahankan maruah Islam. Semoga mereka akan lebih 'celik' selepas ini.

2- Isu anak kecil meninggal dunia akibat ditinggalkan 5 jam dalam kereta oleh ibunya (seorang guru) yang tergesa-gesa nak ke mesyuarat di sekolah, sehingga terlupa anaknya.

Mendengar perbualan orang di sekeliling tentang kejadian ini agak meng'amuse' kan saya. Of course, ramai yang pantas menyalahkan si ibu, dan tak kurang juga yang menyalahkan pihak sekolah sebab buat mesyuarat?

Saya ambil kata-kata abah saya saja; "Allah buat dia terlupa, itu ujian untuk dia. Kita pun Allah boleh buat terlupa juga."

Apapun kejadian itu satu teladan serta peringatan untuk semua. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.

3- Isu masjid/surau di sebuah negeri tak dibenarkan tazkirah ketika solat terawih;

Bak kata ustaz di masjid depan rumah saya, "Memang tak boleh bercakap pun masa solat!" hehe.. Pada saya kerajaan negeri bukannya tak nak bagi bertazkirah, tapi mungkin hendak mengelakkan tazkirah yang terlampau panjang, meleret-leret sampai jemaah jadi 'lemas' dan tidak fokus lagi untuk mendengar. Akhirnya apabila tiba masa untuk terawih, jemaah dah letih mental lalu kurang khusyuk (pengalaman sendiri).

Kalau ustaz-uztaz penceramah bijak menggunakan waktu dan menyampaikan tazkirah secara padat dan ringkas,  tak akan timbul halangan seperti ini. Jemaah juga akan dapat lebih banyak manfaat. Mungkin sebab dah banyak kali terjadi, iaitu tazkirah bertukar menjadi ceramah, maka, orang Islam di negeri tersebut merasakan satu tindakan perlu diambil.

Pada saya walaupun hanya satu dua ilmu yang disampaikan tetapi dapat diingati jemaah adalah lebih baik daripada percakapan yang berjela-jela tapi akhirnya yang jemaah ingat hanyalah lawak jenaka ustaz tersebut.


4- Isu 'puisi' Imam Shafie sesat

"Tuhanku aku tidak layak masuk syurgamu. Namun aku tidak sanggup menghadapi nerakamu"

Sesat ke ayat ni?

Hanya para ulama dan tok-tok guru yang handal belaka yang diberi 'izin' untuk menjawab..

Yang saya pelik, ialah ustaz-ustaz yang tak bersetuju dengan kenyataan ini, memarahi ustaz yang mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mereka berceramah. Ok, mungkin mereka mahu memberi penjelasan pada orang ramai, untuk mengelakkan kekeliruan, tapi sampai ada yang memaki hamun dengan perkataan 'bodoh'?

Kalau nak marah, pergilah dekat ustaz tu depan-depan. Marah belakang-belakang ni 'coward' kata orang putih. Dan mungkin boleh jadi mengumpat juga. Tak elok tau orang-orang 'cerdik pandai' agama mengumpat. Wallahualam.


Sekian isu-isu Pak Busu..

Selamat berpuasa! 




Saturday, July 20, 2013

kopi panas, kuih sagu

kopi panas kuih sagu
manis-manisan waktu malam
hati siapa tidak rindu
pada Tuhan semesta alam

kopi panas kuih sagu
ilham dari meja makan
tunduk sujud pada Yang Satu
moga diri diampunkan

kopi panas kuih sagu
kopi panas penyegar mata
semua jiwa tertunggu-tunggu
hari bertemu Maha Pencipta

kopi panas kuih sagu
kuih sagu dengan kelapa
merintih jiwa tidak berlagu
hendak mengadu pada siapa

kopi panas kuih sagu
bawa dari rumah bonda
syukur masih diberi waktu
syukur pada Rahmat KasihNya







Thursday, July 18, 2013

Hai! Saya Yasmin.

Hai! Saya Yasmin. Hari ini saya berumur 4 bulan. Hobi saya adalah memasukkan kaki ke dalam mulut. Setakat ini profesion saya yang paling hebat adalah membuat mama dan ayah saya gembira.

Kadang-kadang saya buat mereka risau, sebab serangga seperti semut dan nyamuk suka gigit saya. Nak buat macam mana, saya memang manis orangnya.

Saya juga buat mereka letih (mentally and physically) melayan saya kalau mood tak elok atau perut meragam. Tak boleh salahkan saya tau sebab saya baru 4 bulan, orang umur 40 tahun pun moody! (dan kadang-kadang sakit perut)

Ini adalah saya selepas pooh pooh dua kali hari ini. Mulut saya cebik sebab tak suka tidur, saya mahu main!!




#nota kaki:
perkataan dalam huruf Italic telah ditambah oleh mama.

Thursday, July 11, 2013

Malam berbulan sabit

Pada malam berbulan sabit, lebih kurang 40 minit ke tengah malam, seorang ayah dan anak kecilnya sudahpun lelap. Si ayah melepas lelah daripada perjalanan yang panjang lagi sesak, manakala si anak tidur untuk membesar.

Suara zikir dari masjid berdekatan sudah tidak kedengaran lagi. Para jemaah yang sabar bersolat terawih sehingga 20 rakaat sudahpun pulang ke rumah masing-masing.

Dalam kesunyian ini si ibu tiba-tiba terasa seperti 'kosong'. Tiada siapa hendak diberikan perhatian, tiada permintaan hendak diturutkan.

Mengisi kesunyian kadangkala merungsingkan. Fikiran yang melayang jauh, berupaya menenggelamkan diri ke lembah hitam yang menakutkan. Suara sepi mengundang kenangan lama yang membawa bersama penyesalan, manakala percaturan masa hadapan diiringi kerisauan dan ketidakpastian.

Akhirnya si ibu memilih untuk bersyukur dan berdoa. Berdoa memohon keampunan kerana menyedari penyesalan tidak akan mengubah sejarah dan berdoa untuk masa depan yang baik kerana yakin dengan Kasih dan RahmatNya.

Syukur atas segalanya yang telah berlaku, dan yang sedang berlaku. Tanpa masa lalu tiadalah masa kini, dan masa kini iaitu pada malam berbulan sabit, lebih kurang 10 minit ke tengah malam, si ibu merasakan tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat dua orang tersayang, iaitu si ayah dan si anak kecilnya lena diulit mimpi.






Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan

Setiap kali datang Ramadhan pasti nostalgia.

Terkenang akan Ramadhan terdahulu; Ramadhan semasa kecil, Ramadhan di asrama dan Ramadhan pada zaman universiti. Setiap satunya mempunyai cerita tersendiri.

Terbayang wajah orang-orang tertentu yang dahulunya menjadi teman bersahur, berpuasa dan berbuka,  namun kini sudah tiada atau 'hilang' seiring arus masa.

Teringat juadah-juadah kegemaran yang tidak dapat dinikmati lagi, samada daripada air tangan seseorang yang sudah pergi, atau terlalu jauh dari jangkauan.

Ayat-ayat dalam doa, yang sudah lama dilupakan bersama hasrat ketika Ramadhan waktu itu, tiba-tiba kembali, memberi kesempatan untuk bersyukur atas segala yang telah dimakbulkan dan dikurniakan Ilahi.

Bersama kerinduan dan kesayuan, Ramadhan turut memberi ketenangan yang sukar digambarkan, dan pastinya, saban tahun Ramadhan akan membawa harapan selain menawarkan 'diri'nya untuk menjadi batu loncatan bagi satu perubahan.

Syukur dengan rezeki untuk sekali lagi menyambut Ramadhan serta peluang mencipta memori baru bersama bulan istimewa ini.






Tuesday, July 9, 2013

Satu minit

Satu minit; tiada deruman enjin kereta, tiada raungan motorsikal, tiada jeritan kanak-kanak, tiada tangisan bayi, tiada suara perbualan, tiada ketukan tukul dan tiada bingit gerudi.

Satu minit; hanya ada bisikan kipas dan sahutan burung.

Dalam satu minit ini, Yasmin mengantuk. Mula-mula menguap, kemudian gosok-gosok mata, kemudian geleng-geleng kepala.

Seminit berlalu, Yasmin sudah lena, dan kesunyian berubah menjadi nyanyian, lagu dari hujan yang turun tiba-tiba.


Monday, July 8, 2013

Yang tak penting


Tong sampah dah melimpah,

tiga, daripada empat kerusi meja makan, tersangkut tuala dan baju kotor,

atas meja makan ada kulit epal, dua botol kosong Green Tea, gelas-gelas yang dah pakai, periuk nasi dan motherboard?

bawah meja ada bangkai serangga yang tak dikenalpasti spesisnya,

soft toys, buku-buku, kain lampin, tuala, kain pelekat, bantal, pen, earphone dan remote TV; berada di atas lantai, masing-masing pada lokasi yang tidak sepatutnya,

sinki dapur tak kosong,

tangga berhabuk,

baju kotor sebakul,

baju nak seterika selonggok,
 
di tengah-tengah semua ini, Yasmin sedang lena, letih agaknya belajar meniarap,

dan melihat dia, semua yang lain, jadi tidak penting.


















kehidupan dan kesilapan

Jika hidup adalah rentetan kesilapan demi kesilapan, dan kita ditakdirkan untuk selalu berasa bodoh atau kelihatan bodoh di mata orang lain, maka bukanlah masalah besar untuk kita kelihatan bodoh kerana melakukan perkara yang benar.


Saturday, July 6, 2013

Solat

Solat itu sukarela.

Seseorang yang mengenal Tuhannya akan mahu solat. Mahu tunduk, mahu memuji, merayu dan memujuk Tuhannya.

Maka carilah Tuhanmu. Kenali dan fahami Dia melalui ciptaanNya.

Sungguh Tuhanmu lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri.

Adik-beradik

Balkis

Waris

Sofia

CUTI PANJANG

Bermula daripada 18 Februari sehinggalah hari ini aku bercuti. Dah hampir lima bulan. (Lama tuu.. tapi kenapa rasa sekejap je ye?) Cuti ini bukanlah cuti yang kosong, mungkin juga cuti yang paling 'berisi' dalam hidup aku.

Bulan pertama aku bercuti atas sebab perubatan, MC. Ceritanya pada pagi Isnin bertarikh 18 Februari itu aku mengalami pendarahan. Aku ingat lagi dalam perjalanan ke hospital aku dengar lagu Jason Mraz. Nak tenangkan perasaan yang sedikit cemas kerana ada kemungkinan aku nak bersalin hari tu.

Walaupun simptom nak bersalin dah ada, doktor bagi ubat untuk kurangkan. Seboleh-bolehnya dia mahu kandungan aku cukup bulan sebelum bersalin (due date 30 Mac) untuk pastikan paru-paru bayi kuat dan tak banyak masalah nanti. Doktor juga bagi MC supaya aku dapat rehat di rumah. Oleh sebab hampir tiap-tiap malam aku alami 'contraction' aku terus ber'MC' sampai sebulan.

Yasmin lahir betul-betul sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac, jam 5.37 petang.

                                                        *Yasmin, tiga bulan, botak!

Pengalaman bersalin normal sukar diceritakan. Sakit memang sakit, tapi kalau tanya aku sekarang macam mana rasa sakit tuh, aku sendiri dah tak ingat. Yang aku ingat ialah perasaan takut tak dapat jumpa Yasmin serta orang-orang tersayang yang lain masa aku dibiuskan untuk rawatan kecemasan, akibat pendarahan selepas bersalin. Satu ketakutan yang menginsafkan dan mengingatkan aku tentang siapa sebenarnya yang memegang kuasa terbesar untuk memutuskan segalanya dalam kehidupanku.

Tiga bulan seterusnya adalah cuti bersalin termasuk 45 hari berpantang. Pengalaman berpantang juga menarik sebab aku merasai sendiri bagaimana badan yang lemah (yang pada awalnya aku rasa macam tak boleh nak baik) menjadi kuat dan sihat sedikit demi sedikit.

Tempoh pantang diakhiri dengan PRU ke-13 pada 5 Mei. Jangan marah.. aku tak pergi mengundi.. ngehh..

Habis berpantang di rumah abah dan mama, aku dan Yasmin balik ke rumah kami dan bermulalah episod aku menjaga Yasmin sendiri. Pada awalnya takut-takut juga terutamanya bab nak mandikan si kecil ni, tapi sekarang dah biasa dah. Yasmin pun suka mandi. Diam je tak nangis pun. Baik anak mama.

Sepatutnya aku mula kerja pertengahan bulan lepas, tapi aku sambung cuti lagi. 46 hari cuti tahunan dan tiga bulan cuti tanpa gaji. Makanya aku hanya akan mula bekerja November nanti. Jangan jeles.. ngeehh..

Keputusan untuk ambil cuti panjang ni sebab aku nak jaga Yasmin sendiri. Sekurang-kurangnya hingga dia 'besar' sikit untuk hantar ke nursery. Itu rancangan buat masa sekarang, tengoklah kalau ada rezeki dapat seorang pembantu, mungkin tok abah dan tok mamanya boleh tolong jagakan. Sementara itu, kenalah mula cari nursery yang sesuai.

Selain menjaga Yasmin, cuti panjang ini aku harap dapat buat sesuatu  yang berfaedah. Banyak yang aku rancang nak buat tapi hasilnya kena tunggu dan lihat. Semuanya bergantung pada disiplin diri sendiri yang selama ini tak seberapa disiplinnya. 

Mungkin juga matlamat mendisiplinkan diri itu patut dimasukkan dan diletakkan paling atas dalam 'what to do list' aku. :-p

Signing off dulu.. nanti sambung cerita..

Selamat malam..




 








Thursday, April 4, 2013

Yasmin

According to wikipedia, Yasmin is an old Persian word which refer to white flowers, also known as Jasmine or Melur in Bahasa Melayu.

To my daughter Yasmin Marzukhi, the name Yasmin is mama and ayah's prayer for you.
 


May you have a pure heart like the whiteness of a the yasmin flower. May you blossom beautifully and fill the world especially people around with your sweet scent.

Most importantly, Yasmin is a flower, a creature of the earth. Like all earth creatures, they proudly and gratefully accepted who they are, (even those tiny ants), and play their parts in this world diligently. They are always humble and have taqwa to Allah. We pray, as your name symbolizes the earth element, that you will emulate and practice these good attributes at all times in your life.

Take note that you don't have to be like anyone else. You only have to be the best of yourself, Insya Allah.

Mama loves you sayang.. muuahh!






making things hard on ourselves

I wonder why we human or Muslims like to make things hard on ourselves.

The rules and guidelines in the Quran, are stated simple, precise and easy enough to understand, but why we like to make things hard on ourselves? Many prefer to follow humanly opinions that are harder to practice, made more complicated and more detailed, and sometimes get a little too far from the Quran's explanations.

Why? Is it because they (the Quran's verses/explanations) are too simple? sound too general? too easy? that we Muslims don't feel satisfied with the Quran?

Number one rule of a sahih hadith is that it should never, ever, defer from the Quran. And the Quran should always comes first. So, why we worry too much on what the ulamak's assumption/assessment of what the Rasullah had said or thought, when the Quran is there to verify and clear most matters.
 
The Muslims community has become solely depended on the ulamak's opinions. We treat the ulamak kitab/books like law. We discourage other Muslims to read the Quran tafsir by themselves, afraid that they might form opinions that are different from the ulamaks.

We, the Muslims, can never thrive if we continue to be this way. The blooming development of knowledge and technology was made possible by the Muslims in the early years of Islam civilization because it was free from this kind of creativity 'barrier'. But when the Islamic community, the sunni namely, established the so called four main school of ulamak, the development of knowledge and technology showed a decrease and later on was taken by other civilizations. We Muslims had ever since become trapped by the schools' or the ulamaks' disposition.

Many might not agree with me. Some would think I am not qualified to write this and my opinion is merely an opinon of a 'jahil', a fool's fancy. Think whatever you like, if you ever THINK at all.



~ I declare that I am not an anti hadith ~








Monday, March 25, 2013

Selamat Datang Yasmin

Looking it from my point of view, Yasmin's arrival into this world is accompanied with fear.

I delivered her, by normal labor, at around 5.37 pm on March 18 2013, after about an hour of pure pain.

When she safely came out, someone (a nurse probably) put her on my chest, unfortunately facing the other side so I could not see her face properly and I am 400++ rabun, so everything was blurry for me.  I was too tired to move my hand to hold her but I remember saying "aaa baby" and feeling awfully grateful and relief.

However, too soon, she was taken away. I only saw her again 5 hours after that.

What happen was that I was bleeding badly. The doctor had to reopen my stitches and check for any leftover biblical cord/uri inside the rahim. The procedure required me to be in total unconsciousness. I was asked to sign a form, strolled to the operation room and was induced with the sleeping drug.

The journey to the operation room probably took less than 2 or 3 minutes (they pushed quite fast) but it was the longest period of fear I have ever felt. Along the way I recognised my mother, my mother in law, and my husband's shapes (orang rabun la katakan..) standing together. My mother said something to me but I could not remember what.  I was thinking "What if I will not see them again? I haven't got a chance for a proper goodbye and I didn't even know how my baby looks like.."

Finally I was inside the operation room. I was told to breath on a gas. So I breath. By each inhale I realised how powerless I was. I detested the situation so much, but I could not do anything about it. My fate is totally up to Allah. Fear of not being able to see my love ones for just one more time overwhelmed me by each second. Then, nothingness.

When I woke up again I made sure I did not fall into slumber again, not until I got Yasmin in my arm.

And today, is Yasmin's seventh day in the world. Alhamdullilah, she escaped the jaundice threat, able to drink milk from her mama and from the feeding bottle. Sleeps well and poo well.

Welcome to the world my dearest daughter.

Bringing you to the world is like being born again myself.



Wednesday, February 27, 2013

kisah harta di bawah rumah pusaka


Seorang pengkaji sejarah yang sangat berkelayakan (dia ada berpuluh-puluh kajian Phd dan menulis beratus-ratus buku dan hasil ilmiah), malah beliau juga dikenali sebagai orang yang sangat jujur dan amanah serta berakhlak mulia, memberitahu seorang lelaki namanya Din, bahawa 200 tahun dahulu 'tokyang'  si Din ini, bernama Siti Wan Kuncup, telah BERKATA bahawa di bawah rumah pusaka yang keluarga Din tinggal sekarang ada tersimpannya harta karun.

Bagaimanapun tidak dibenarkan menggali walaupun sedikit apatah lagi mengambil harta itu kerana ia akan mengakibatkan kampung tempat mereka tinggal diilanda gempa bumi dasyat dan seluruh penduduk kampung serta orang-orang di sekitarnya mati tercekik. 

Din memang pernah membaca tentang toknya yang bernama Siti Wan Kuncup (a.k.a SWK) itu dalam buku-buku sejarah. Beliau memang dikenali sebagai seorang hartawan wanita yang kaya-raya lagi masyur. Tapi along the way, hartanya hilang entah ke mana, lalu keluarga Din hidup secara sederhana sahaja sama macam orang kampung lain.

Din tanya pengkaji sejarah tadi (let's give him a name, let's say Prof Jo) bagaimana kamu pasti SWK ada berkata demikian Prof Jo? Sudah 200 tahun berlalu, setahu saya tiada sebarang surat atau wasiat ditulis oleh beliau.

Prof Jo berkata, kata-kata yang disampaikan oleh SWK itu telah didengarinya daripada tok guru silat kampung iaitu Pakcik A. Pakcik A kata beliau diberitahu oleh tok gurunya Pakcik B manakala Pakcik B oleh C, dan D sehinggalah Pakcik E yang mendengar sendiri kata-kata SWK.  Pakcik E dan SWK adalah sepupu dan dikatakan selalu main congkak sama-sama, so, masa tu lah Pakcik E dengar SWK berkata-kata demikian.

Prof Jo kata beliau telah membuat kaji selidik mengenai semua pakcik-pakcik ini, dan mendapati kesemua mereka semasa hidupnya adalah orang baik dan dipandang mulia, almaklumlah tok guru silat, jadi tak mungkin mereka berbohong. Lagipun memang banyak buku sejarah menulis bahawa SWK adalah seorang wanita raya kerana sepanjang hidupnya beliau pernah berkahwin dengan beberapa pedagang kaya dan pembesar istana. Malah senarai suaminya itu pun ada direkodkan oleh buku sejarah.

Jadi, fikir Din, secara logiknya tak mustahil bawah rumah pusaka itu ada harta karun, tapi bagaimana pula dengan 'warning' SWK bahawasanya ia tak boleh digali walau sedikit pun, nanti jadi gempa bumi dan orang mati tercekik? Sanggupkah nak ambil risiko tersebut? Macam mana kalau betul? Tak ke kesian orang kampung?

So, kalau anda jadi Din, adakah anda akan percaya apa yang dikatakan oleh Prof Jo? Tak mahukah anda tengok betul ke tidak ada harta karun di bawah rumah pusaka anda atau anda biarkan saja sebab takut akan berlaku gempa bumi dan orang mati tercekik?

:-p

Saturday, February 23, 2013

Ayam dan Kucing

Kisah di rumah baru.

Kisah pasangan ayam dan kucing.

Di kediaman baru kami ada sepasang 'suami isteri' ayam. Seekor ayam jantan dan seekor ayam betina yang ke mana-mana berdua. Tempat cengkerama mereka yang paling terkini ialah di depan rumah kami di bawah pokok papaya. Di situ si ayam betina mengorek lubang atau lubuk kecil yang sesuai untuknya melepak sambil si ayam jantan berkeliaran di sekelilingnya, kemungkinan mengawasi keadaan, memastikan keselamatan isteri kesayangannya.

Bagaimanapun ada seekor kucing hitam nakal, bulunya tebal, badannya agak gemuk. Kucing ini, oklah aku panggil si 'Black' suka menganggu ketenteraman Tan dan Tina (nama penuh Jantan dan Betina). Baru saja tadi, masa aku tengah jemur kain, si kucing tanpa ada apa-apa hal, 'menjerkah' pasangan ayam ini sehingga ter'jerit' kedua-duanya lalu berlarian meninggalkan lubuk cengkerama mereka.

Aku pun terkejut. Ingatkan bunyi apalah yang buruk sangat.

Kemudian selepas beberapa ketika aku nampak si Black melintas cat walk, selamba dok di depan pagar rumah aku macam tiada apa-apa hal berlaku. Tan dan Tina entah sudah lari ke mana..

Nakalnya kucing ni.. menganggu jiran tetangga.. nanti aku jumpa aku tangkap dia..

Tangkap gambar.. heheh


Friday, February 22, 2013

first timer..

One of my worries these days is that I will not know that the time has come for me to give birth.

Last Monday right after Subuh prayer I experienced a bleeding, so I went to the hospital. While waiting for the doctor I felt like something was squeezing my belly and letting it go slowly, which I learn from the nurse was actually the contraction. So, I was like "eh dah nak beranak ke aku ni? apa mau bikin?" Hahah..

The doctor came and eventually checked my uterus opening. No opening yet, so the doctor decided to stall my labour. Since the baby is doing well inside, the doctor said it is better to wait until full term, to make sure the baby lungs do ok. (I'm in my 34th weeks, 3 weeks to full term)

I was given medication to fight the contraction. It went well, the contraction lessened, the bleeding stopped and after being warded for a night I was allowed to go back home.

However, on Wednesday night, after midnight actually, I was attacked by a surge of contractions. It came rapidly, first at 10 to 15 minutes then between 4 to 5 minutes, and getting stronger too. At that moment my head felt like exploding thinking on what should I do? What's the right thing to do?  What if it's a false alarm? What if the baby really does want to come out now? Should I wake my husband and go to the hospital now? or should I wait till morning and get myself really, really sure?

At last, if you can believe it, I fell asleep. When I woke up the next Subuh I felt fresh and whole. The contractions had stopped like they never happen. For the whole day yesterday I did not feel any, just regular tightening.

And so comes today. A new day. I don't know what's going to happen today but I pray that my body or my motherly instinct whatever will kick in soon to assure me that I WILL know when it is THE time for me to give birth.. :-p










Thursday, February 21, 2013

qul huwallahu ahad

Dalam zaman ini, yang mana banyak fitnah melanda, para ulama dan kerajaan Islam mempunyai
tanggungjawab besar untuk memastikan kekeliruan tidak timbul yang dikhuatiri akan memecah-belah umat Islam serta menggoyahkan akidah/tauhid.

Perlu disedari bahawa tahap pemikiran, tahap pengetahuan, perspektif pemahaman dan tahap
keimanan setiap individu itu berbeza.

Ada orang apabila membaca sesuatu pendapat yang 'rare' atau 'mengejutkan' boleh menilai sendiri baik-buruknya, atau mencari jalan untuk mengkaji lebih lanjut tanpa melatah.

Namun ada juga yang cenderung untuk menjadi keliru atau mungkin kecewa, dan yang lebih teruk adalah mereka yang bulat-bulat menerima sesuatu pendapat itu kerana sesuai dengan 'perasaan' atau apa yang disukainya.

Isu pengunaan kalimah Allah, umpamanya, sudah cukup untuk menunjukkan bahawa umat Islam sebenarnya dalam situasi kekeliruan yang amat berbahaya.

Ada seseorang di pejabat saya, yang berpangkat bos, berkata pada saya, "Apa salahnya orang Kristian menggunakan kalimah Allah (dalam Bible)? You baca ke Bible tuh? Orang baca ke Bible tuh. Quran pun orang tak baca,"

Saya cuba menerangkan pada beliau, "Tapi nanti takut jadi macam di Indonesia. Orang confuse,"

Beliau cakap,"Di Indonesia tiada undang-undang macam Malaysia. Undang-undang kita dah cukup dah untuk control,"

Oleh sebab beliau nampaknya sangat pasti pendapat beliau adalah betul, dan saya ketika itu sibuk dengan translation yang tak siap-siap.. saya pilih untuk diamkan saja. Tapi saya harap beliau akan mengkaji dan membaca lebih lanjut lagi mengenai isu ini. Dalil daripada para mufti umpamanya dan memahami bagaimana 'liberasasi' Islam di sesetengah negara seperti Indonesia dan India telah merosakkan akidah umat Islam di sana.

Melalui pembacaan saya yang sangat cetek, setahu saya sememangnya kitab-kitab agama wahyu, seperti Bible, dalam bahasa asalnya menggunakan kalimah Allah atau Ilah atau Elohim untuk merujuk kepada Tuhan Yang Satu. Bagaimanapun along the way pihak pentadbir agama mereka yang menukar perkataan 'Ilah atau Allah' itu kepada God atau Lord.

Mengapa di negara-negara Eropah atau Amerika misalnya tidak ada usaha untuk menukar semula perkataan God kepada Allah atau Ilah? Tetapi di sebelah sini contohnya di Indonesia mahu digunakan kalimah Allah?

Tidakkah ini sedikit sebanyak menunjukkan ada niat tidak baik untuk mengelirukan umat Islam yang menggunakan bahasa Melayu dan sudah biasa dengan perkataan 'Allah'?

Fikir-fikirkanlah. 

Sudah-sudahlah berpecah kerana fahaman politik. Titik persamaan kita adalah Islam. Of course, iman dan amalan kita berbeza, ada yang rajin solat jemaah, ada yang suka solat sendiri, ada yang tak solat, ada pula yang pakai tudung sempurna, ada yang pakai sekerat-kerat, ada yang nampak jambul, ada yang seksi.. tapi dalam hati kita Insya Allah akidah kita adalah sama. (Jangan buruk sangka, tak baik tau) Kita berpegang pada "Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah RasulNya."

Daripada akidah inilah kita nak membina dan mengukuhkan kepada yang lebih baik. Janganlah kerana ada orang yang belum sampai tahap amalan atau imannya dengan kita (kononlah kita ni baikkan) terus kita lawan, bangkang, pangkah. Mungkin mereka tidak faham, mungkin mereka belum menerima hidayah. Tanggungjawab sesama Islam untuk menerangkan dan meyakinkan. Bagaimana nak melakukan ini kalau nak dekat atau berkawan dengan mereka pun kita tak mahu? Bahkan kita kutuk kaw-kaw lagi. Adakah itu yang diajar Rasullah?

Sayangilah dan kukuhkanlah Islam di negara ini, walaupun dengan usaha yang kecil.







Sunday, February 17, 2013

just saying..

Sometimes we focus too much on the outer layer of things, we forgot to give attention to the inside parts which usually are more important, 

most of the times we are quick to make a conclusion on something and hold on to the conclusion for a long time, instead of taking a long time to think or research about the something first.. 


and sometimes (or for some people all the times) we find that we need to adhere to someone who tell us what is wrong/haram and what is right/halal, even though for most of the time we believe that we are a sane and a sound person to make our own decision..

Thursday, February 14, 2013

love and peace

Sitting here in my new house, writing while the machine works on the laundry. Feeling at peace, comfortable, loved, thank you Allah, Allah Maha Besar

there's love and peace
in the birds' song, in the warmth of sunshine, in the beautiful colour of the flowers, and in the greens of trees..

in the smell of the damp earth, in the breeze that caress you, in the blue sky and pure white clouds..

there's love in the weather that yet to decide whether it wants to rain or not..

there's love in little kicks and the heartbeats inside me..

there's love today, and yesterday and days before, and since the beginning of time..

if tomorrow things might not be as peaceful as today, always remember this love, this love that  I'm feeling today..

Segala Puji bagi Allah..



Friday, February 8, 2013

of spending time alone

(copy paste from a website sometimes ago)

'Do You Spend Enough Time Alone?",

I realised there are so much thing to do. Here's some excerpts of the article I would like to share:

a. Self Discovery:
Spending time alone gives you the ability to discover things about yourself and to get a real understanding of who you are. We have grown to appreciate the art of getting to know others, but in reality, it is even more important to get to know ourselves, our preferences, our likes and dislikes without other people’s influences.

b. Higher Sense of Independence and Increased Self-Esteem:
Being alone and getting comfortable with being alone gives you a higher sense of independence. Relying on yourself to make choices and decisions increases your self confidence, which then permeates other aspects of your life, including the times you are in the presence of others.

c. No Need to Compromise:
Often, we compromise when we are in the presence of others. We usually work with one another to reach agreement on everything, from what we will have for dinner to what TV show to watch. Spending time alone allows you to indulge yourself with the things you want to do and the things you love, without any negotiation.

d. Rejuvenation for Your Soul:
Getting away from others allows you to decompress and relax. It gives you a break from the have tos and allows you to focus on the want tos. It lets you address your own needs as opposed to everyone elses and gives you the opportunity to rejuvenate and push the ‘restart’ button.

e. A Fresh Perspective:
Time alone gives you the opportunity to clear your mind and to weed through a lot of thoughts. This allows you to get to the heart of what YOU really think as opposed to being told or influenced by others and their opinions. It gives you time to reflect on what is important in your life and how you feel about every day situations that need to be addressed.

f. Higher Appreciation for Those You Love:
Giving yourself the ability to be alone allows you to have a greater appreciation for the time you spend with others. If you never have time for yourself, you’ll wish you did. It is important to find some balance in this; but once you do, you’ll enjoy your relationships even more.

for those special people who are my everything..

Everything

by Lifehouse


Find me here,
And speak to me.
I want to feel you,
I need to hear you.
You are the light,
That's leading me,
To the place,
Where I find peace again.

You are the strength,
That keeps me walking.
You are the hope,
That keeps me trusting.
You are the light,
To my soul.
You are my purpose,
You're everything.

How can I stand here with you,
And not be moved by you?
Would you tell me,
How could it be,
Any better than this?

You calm the storms,
And you give me rest.
You hold me in your hands,
You won't let me fall.
You steal my heart,
And you take my breath away.
Would you take me in,
Take me deeper now.

And how can I stand here with you,
And not be moved by you?
Would you tell me,
How could it be,
Any better than this?

Cause you're all I want,
You're all I need,
You're everything, everything.

You're all I want,
You're all I need,
You're everything, everything.