Wednesday, March 28, 2012

masa


Aku mungkin antara orang yang percaya bahawa manusia BOLEH kembali ke masa silamnya, IAITU dengan kuasa Allah. Tapi setelah berfikir dengan penuh khusyuk, aku buat kesimpulan yang ia TIDAK AKAN terjadi for a simple reason that God would not break His own rule.

Kalaulah diizinkan aku untuk kembali ke masa lepas, aku akan pilih satu titik dalam life aku untuk start again. Aku nak undo all the bad decisions yang aku ambil dan nak buat semua perkara yang aku sepatutnya aku buat. Tapi, kalaulah aku diberi second chance yang begitu rupa, orang lain pun patutnya berpeluang untuk second chance yang sama, barulah adil kan?

Macam seorang ibu yang anaknya diculik, sebab dia benarkan anaknya jalan seorang diri pergi kedai, tentu akan manfaatkan 'second chance' tersebut sebaiknya. Dia tak kan benarkan anaknya keluar, anak pun selamat dan dia pun tak kan dibebani rasa bersalah lagi. Semua orang happy, habis cerita.

Bagaimanapun, kalau aku dan si ibu, dan semua yang rasa dirinya berhak dapat second chance untuk undo kesilapan, seorang pembunuh psyco atau seorang perogol tegar pun berhak diberi peluang yang sama. Tapi, pembunuh psyco dan perogol tegar, jika diberi peluang untuk kembali ke masa silam, belum tentu lagi mereka akan gunakan kesempatan yang diberi itu untuk repent atau bertaubat. Entah-entah diorang akan pilih satu 'titik' dalam kehidupan diorang untuk melepaskan diri daripada hukuman.


Jadi untuk keadilan, semua orang pun tak boleh balik ke masa lepas mereka. What's done is done. There is no turning back. No turning back time.

Lagipun aku terfikir juga, kalaulah aku seorang saja yang boleh kembali ke masa lepas, tentu menjadi 'beban' pada aku untuk halang orang lain yang aku kenal daripada buat silap dalam hidup diorang. Contohnya halang si X berkahwin dengan si Y sebab aku tahu X tak kan bahagia, atau halang si Z bawa kereta malam-malam sebab aku tahu dia akan kemalangan, yalah benda-benda macam tuh. Mesti aku tak happy dan tak boleh nak beraman damai, melainkanlah aku ni tak berhati perut.

Dan mesti aku rindu bangett kat husband aku sekarang. Nak kena tunggu berapa tahun lagi baru boleh kenal dia.. huh.. sungguh tak seronok!

Masa yang berputar dan akan terus berputar adalah satu ketetapan Tuhan, dan Tuhan tidak akan ubah ketetapanNya sendiri, kerana prinsip keadilanNya yang MAHA ADIL.

Mungkin 'masa' membolehkan kita melihat siapa yang akan benar-benar insaf dan bertaubat. Apa pun, kehidupan sebenarnya memberi kita banyak peluang kedua. Untuk orang-orang yang berfikir, untuk orang-orang yang takut pada Allah, tentulah mereka akan ambil peluang kedua itu. Namun, untuk orang-orang yang tamakkan dunia, jika diberi peluang kedua, ketiga, keempat dan berapa banyak peluang pun, belum tentu lagi mereka akan bertaubat.

Jadi, dengan kesimpulan itu, aku simpulkan, tak usah buang masa fikir pasal nak kembali ke masa silam lagi Ainul Huda! Sebaik-baiknya cherish setiap masa yang ada SEKARANG, dan buat yang terbaik untuk masa DEPAN. Sekian.

1 comment:

  1. i grateful for that time in 1994 when i met u. For me, time is scary. Lets talk about time then next time we meet. irina.

    ReplyDelete