Wednesday, February 27, 2013

kisah harta di bawah rumah pusaka


Seorang pengkaji sejarah yang sangat berkelayakan (dia ada berpuluh-puluh kajian Phd dan menulis beratus-ratus buku dan hasil ilmiah), malah beliau juga dikenali sebagai orang yang sangat jujur dan amanah serta berakhlak mulia, memberitahu seorang lelaki namanya Din, bahawa 200 tahun dahulu 'tokyang'  si Din ini, bernama Siti Wan Kuncup, telah BERKATA bahawa di bawah rumah pusaka yang keluarga Din tinggal sekarang ada tersimpannya harta karun.

Bagaimanapun tidak dibenarkan menggali walaupun sedikit apatah lagi mengambil harta itu kerana ia akan mengakibatkan kampung tempat mereka tinggal diilanda gempa bumi dasyat dan seluruh penduduk kampung serta orang-orang di sekitarnya mati tercekik. 

Din memang pernah membaca tentang toknya yang bernama Siti Wan Kuncup (a.k.a SWK) itu dalam buku-buku sejarah. Beliau memang dikenali sebagai seorang hartawan wanita yang kaya-raya lagi masyur. Tapi along the way, hartanya hilang entah ke mana, lalu keluarga Din hidup secara sederhana sahaja sama macam orang kampung lain.

Din tanya pengkaji sejarah tadi (let's give him a name, let's say Prof Jo) bagaimana kamu pasti SWK ada berkata demikian Prof Jo? Sudah 200 tahun berlalu, setahu saya tiada sebarang surat atau wasiat ditulis oleh beliau.

Prof Jo berkata, kata-kata yang disampaikan oleh SWK itu telah didengarinya daripada tok guru silat kampung iaitu Pakcik A. Pakcik A kata beliau diberitahu oleh tok gurunya Pakcik B manakala Pakcik B oleh C, dan D sehinggalah Pakcik E yang mendengar sendiri kata-kata SWK.  Pakcik E dan SWK adalah sepupu dan dikatakan selalu main congkak sama-sama, so, masa tu lah Pakcik E dengar SWK berkata-kata demikian.

Prof Jo kata beliau telah membuat kaji selidik mengenai semua pakcik-pakcik ini, dan mendapati kesemua mereka semasa hidupnya adalah orang baik dan dipandang mulia, almaklumlah tok guru silat, jadi tak mungkin mereka berbohong. Lagipun memang banyak buku sejarah menulis bahawa SWK adalah seorang wanita raya kerana sepanjang hidupnya beliau pernah berkahwin dengan beberapa pedagang kaya dan pembesar istana. Malah senarai suaminya itu pun ada direkodkan oleh buku sejarah.

Jadi, fikir Din, secara logiknya tak mustahil bawah rumah pusaka itu ada harta karun, tapi bagaimana pula dengan 'warning' SWK bahawasanya ia tak boleh digali walau sedikit pun, nanti jadi gempa bumi dan orang mati tercekik? Sanggupkah nak ambil risiko tersebut? Macam mana kalau betul? Tak ke kesian orang kampung?

So, kalau anda jadi Din, adakah anda akan percaya apa yang dikatakan oleh Prof Jo? Tak mahukah anda tengok betul ke tidak ada harta karun di bawah rumah pusaka anda atau anda biarkan saja sebab takut akan berlaku gempa bumi dan orang mati tercekik?

:-p

No comments:

Post a Comment