Saturday, February 23, 2013

Ayam dan Kucing

Kisah di rumah baru.

Kisah pasangan ayam dan kucing.

Di kediaman baru kami ada sepasang 'suami isteri' ayam. Seekor ayam jantan dan seekor ayam betina yang ke mana-mana berdua. Tempat cengkerama mereka yang paling terkini ialah di depan rumah kami di bawah pokok papaya. Di situ si ayam betina mengorek lubang atau lubuk kecil yang sesuai untuknya melepak sambil si ayam jantan berkeliaran di sekelilingnya, kemungkinan mengawasi keadaan, memastikan keselamatan isteri kesayangannya.

Bagaimanapun ada seekor kucing hitam nakal, bulunya tebal, badannya agak gemuk. Kucing ini, oklah aku panggil si 'Black' suka menganggu ketenteraman Tan dan Tina (nama penuh Jantan dan Betina). Baru saja tadi, masa aku tengah jemur kain, si kucing tanpa ada apa-apa hal, 'menjerkah' pasangan ayam ini sehingga ter'jerit' kedua-duanya lalu berlarian meninggalkan lubuk cengkerama mereka.

Aku pun terkejut. Ingatkan bunyi apalah yang buruk sangat.

Kemudian selepas beberapa ketika aku nampak si Black melintas cat walk, selamba dok di depan pagar rumah aku macam tiada apa-apa hal berlaku. Tan dan Tina entah sudah lari ke mana..

Nakalnya kucing ni.. menganggu jiran tetangga.. nanti aku jumpa aku tangkap dia..

Tangkap gambar.. heheh


No comments:

Post a Comment