Tuesday, October 2, 2012
Bumi Mati
mereka kata
bumi akan mati tahun ini
langit 'kan runtuh
lautan 'kan membuak
gunung-ganang hancur lebur
kehidupan 'kan terkubur
mereka kata
bumi akan mati tahun ini
jadi apa gunanya susah payah sekarang?
impian hari ini mungkinkah membawa erti?
jika esok masih belum pasti
mereka kata
bumi akan mati tahun ini
tak mustahil jika kurenungkan
bumi sudah terlalu tua
sudah penat dan tenat menjaga manusia
mungkin matahari sudah merajuk
kerna tiada yang menghargainya
tiada cahaya maka terhentilah masa
udara juga mungkin telah bosan
terlalu ramai yang hidup dalam angan-angan
wang ringgit dan kebendaan
haiwan dan tumbuhan
mungkin telah bersatu hati
untuk mengadu pada Ilahi
bahawa mereka telah 'ditindas' dan dizalimi
oleh makhluk yang bergelar khalifah bumi
mereka kata
bumi akan mati tahun ini
itu kata mereka
kataku..
tolong bumi jangan putus asa
berikan aku kesempatan
untuk melihat wajah kudus itu
yang kunanti dengan kasih dan rindu
yang belum kutemui namun telah bertakhta di hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment