dia yang membawa cahaya dalam genggaman
telah datang kepadaku
dan mensyairkan puisi cinta
dia yang cuba membina istana
dari duri-duri
membawa dirinya
yang luka dan duka
siapa yang mengerti kasih itu
pabila hati tekad memilih
untuk menyayangi sepenuhnya
menerima seadanya
siapa yang memiliki jiwa itu
takkan dapat memeluknya kemas
kerana ia terlalu besar dan luas
dia dan puisi cintanya
yang dia syairkan padaku
jadi cahaya dalam hatiku..
--kunci192--
No comments:
Post a Comment