Laut yang ikhlas, menerima segala beban dan kotoran dari sungai, tapi masih memberi yang terbaik
Bintang yang bersinar, walaupun sudah mati, cahayanya masih menyinari ke kejauhan
Oh hati, mengapa kau dipenuhi curiga dan hasad dengki? tak mampu menggapai cahaya abadi
mahu berlari di padang hijau luas di bawah naungan langit biru
mahu terapung di laut jernih sambil melihat luasnya angkasa
dalam kehidupan yang sementara ini, aku mahu menjadi seperti pagi, di mana segalanya segar dan berseri dimandi embun, harapan dan impian dihangatkan mentari, merasai nikmat disinari cahaya setelah lama dalam kegelapan..
dalam kehidupan yang sementara ini, aku juga mahu menjadi seperti senja, menghiaskan alam dengan pelbagai warna syahdu, mengingatkan manusia tentang masa yang semakin suntuk, tenang dan sabar meskipun kelam kian menyelimuti..
No comments:
Post a Comment