Saturday, December 1, 2012

mood yang 'down' dan perutku yang 'up'

Beberapa hari kebelakangan ini cepat je terasa down. Kadang-kadang terasa masa terlalu pantas berlalu sehingga tak beri peluang untukku 'termenung' sebentar, tapi kadang-kadang terasa sangatlah lambatnya masa ini berlalu, sebab tak sabar nak jumpa putera/puteri kesayangan yang tengah berenang-renang dalam perut ketika ini :-)

Di pejabat tak berapa semangat nak bekerja. Dah bosan mengadap cerita-cerita tentang sukan, apatah lagi badminton. Ingat nak tukar ke  news desk atau sekurang-kurangnya tukar fokus sukan lain. Malasnya nak ambil tahu pasal Chong Wei, BAM, beregu, tournament dan ntah apa-apa lagi. Bluwekk!

Di rumah, tak da nafsu nak mengurus rumahtangga. Malas nak masak, mengemas dan lain-lain aktiviti yang seangkatan dengannya. (Tapi aku masih lagi rajin iron baju suamiku, so ok lagi la kan?)

Adakah ini yang dikatakan 'pembawaan budak'? Walaupun aku sebenarnya tak percaya benda-benda ni. Kalau dah malas tu kenapa nak salahkan bayi dalam perut pula. Betul tak?

Harapnya perasaan ini hanya satu fasa yang akan berlalu. Selepas ini aku akan lebih bersemangat untuk menguruskan urusan-urusan hidupku. Kerja itu tanggungjawab, kerja rumah pun tanggungjawab. Kalau aku tak buat, siapa nak buat ye tak?

Meskipun emosi 'down' perut pula semakin 'up'. Minggu depan genap enam bulan! Sudah rindu pada si dia yang belum kutemu.. Siapa lagi kalau bukan si kecil yang sedang 'menumpang' pada diriku. Si penumpang cilik yang sangat dialu-alukan. Nanti bila sudah mahu keluar daripada 'lori kargo' ini, keluar elok-elok ya, jangan takut.. ada orang akan menjagamu di sini dengan penuh kasih sayang.. InshaaAllah..

Friday, November 23, 2012

Bangsa Terpilih

Mereka bangsa terpilih
Paling memahami erti kesyukuran
Meski hidup tanpa keamanan, hidup dalam kemusnahan

Lelaki mereka pejuang sejati
Menyapa maut seperti saudara
Demi mempertahan agama dan bangsa

Wanita mereka miliki ketabahan luar biasa
Yang lali dengan kehilangan dan kematian

Anak-anak mereka dihidangkan sengsara
Air mata jadi minuman, perang jadi permainan

'Mereka' juga bangsa terpilih
Tercatat dalam kalam Ilahi
Namun paling kufur, paling dikeji    

Saturday, November 10, 2012

aku ada kamu

sanggupku terbang melangkau awan
merentas benua seberang lautan
demi mendengar lafaz rindu
untuk ada dalam ingatanmu

sanggupku berkelana
mengharungi azab sengsara
kernaku ada kamu
kamu yang akan terus menungguku

sanggupku pergi jauh
untuk kembali ke pangkuanmu..


(written after returning home from Wuhan China, covering the Thomas Cup 2012
Ilham Kunci192) 
I wrote this :-)

"Birds of A Feather"

Thursday, November 8, 2012

sepohon rambutan

Pokok rambutan abah berbuah. Buahnya banyak dan manis. Betapa satu pohon mampu memberi makan dan kepuasan kepada ramai orang dan juga haiwan. Mungkin sehingga selesai musim berbuah pun tak habis dimakan.

Bagaimana kita sebagai manusia? Adakah kita manusia yang memberi manfaat kepada ramai orang dan makhluk yang lain? Atau kita manusia yang menyusahkan orang lain? Bak kata orang kampung deme "satu sen pun tak da guna punya orang!"

Begitulah..marilah difikir-fikirkan..

Wednesday, November 7, 2012

hidup

hidup adalah mengisi
mengisi kegelapan dengan cahaya
kejahilan dengan ilmu
kesunyian dengan cinta

hidup adalah mengukuhkan
mengakui kelemahan bagi membina kekuatan
mengindahkan bagi mencipta kebahagian
memaafkan bagi merasai ketenangan

hidup adalah membuat pilihan

hidup adalah menanti kematian














Wednesday, October 3, 2012

I don't know..

I don't know. When people say they are sad, are they really? When they show off their sadness in facebook, in social medias, stating something that are for me (for me at least) are too serious to be shared in there... when you post it on your walls or status, it seems like the weight of the sadness itself is lessened.. like it was just an another ordinary daily event.. I don't know.. I really don't know.. Maybe it is just another ordinary event that occasionally happens in your life.

What I am really SICK off is people who seems prone to be the at the center of a distressful event. Stating something that is already obvious. Like.. "mesti sedey kan?" what the? Macam menambah garam pada luka.. apehal la diorang ni..

Are some people really do not know how to respect a death properly... or just blindly ignorant? I don't know.. I really don't know