Kehadapan anakanda Yasmin
Hari ini usia Yasmin mencecah dua tahun. Walaupun baru dua tahun Yasmin sudah pandai menunjukkan kasih sayang. Yasmin sentiasa bersedia untuk dipeluk cium oleh mama dan pandai pula peluk dan sayang ayah, adik Helena, tok Saaid dan tok Nah.
Yasmin sudah tahu menyebut banyak perkataan dan memahami maksudnya.
Yasmin suka mengajuk perbualan dalam animasi Upin Ipin dan Boboiboy. And you like to do this, loudly, to Helena's face. I admit that it is funny but your sister does not like it, so please try harder to stop.
Yasmin suka berada di taman permainan, tapi tak mahu bermain permainan seperti gelongsor dan sebagainya, serta tidak suka bercampur dengan kanak-kanak lain.
Mama dan ayah pernah bawa Yasmin ke taman tema air, tapi Yasmin tak nak bersama-sama orang lain main air di kolam.
Tak apalah Yasmin. Mungkin Yasmin ragu-ragu, mungkin juga Yasmin takut.
Takut itu perkara biasa. Seseorang itu akan berasa takut apabila tidak biasa atau selesa dengan sesuatu.
Takut itu menunjukkan bahawa kita ini manusia biasa. Takut itu menunjukkan bahawa seseorang itu ada BERFIKIR tentang kesan buruk yang akan menimpanya.
Sebenarnya hanya seorang penakut sahaja ada potensi untuk jadi orang yang berani. Sebab orang yang berani bukanlah orang yang tidak takut, tetapi orang yang berani adalah orang yang mengatasi rasa takutnya.
Bagaimana mahu mengatasi rasa takut?
Satu. Yasmin kena tahu dan faham bahawa mengatasi segala sesuatu dan yang memutuskan semua perkara itu adalah Allah. Jadi bawakan rasa takut itu pada Allah dan mohonlah keberanian daripadaNya.
Kedua. Belajar. Ilmu akan membantu kita dalam banyak perkara.
Jadi jangan risau Yasmin. Ada banyak perkara dalam hidup ini yang boleh diuruskan. (Yang tak boleh biar Allah sahaja uruskan)
Maju terus dan enjoy this short life!
Yang benar,
Mama :-)
Wednesday, March 18, 2015
Friday, January 3, 2014
kotaku
Kotaku Kuala Lumpur
terhimpun pelbagai bangsa dan rupa
yang berkulit gelap, yang putih kuning, yang sawo matang
yang pucat keletihan, yang bercalit warna
masing-masing dengan 'fashion statement' tersendiri
menjeritkan identiti
mungkin agamanya, mungkin pemikirannya, mungkin profesionnya, mungkin juga seksualitinya
berjalan bawah terik mentari
bermandi bahang Khatulistiwa
dalam hiruk-pikuk kenderaan dan ketuk-ketuk pembinaan
yang hampir menenggelamkan suara-suara
yang berbicara seribu bahasa
Pada tengahari ini, di satu sudut kota,
di tengah ramai, kami mencari damai
aku dan dia, berdua
Thursday, January 2, 2014
benarkah maaf?
kadang-kadang hati terluka
namun hati ini juga cepat untuk tidak mempedulikan
adakah itu kemaafan?
atau hati sengaja mengenepikan dahulu perkara itu
untuk dibangkitkan dan difikirkan pada satu masa kemudian?
yang pasti hati tidak melupakan, walaupun memahami keadaan
memahami bukanlah bermaksud menerima
apapun, semoga benar ia satu kemaafan

checklist 2014
1. Solat
2. organize
3. cook
4. read and learn more
5. write frequently - keep a daily journal
6. read and hafaz surah from the Quran - a surah per month
7. care & give

philosophy from the unwise
Love is not just a feeling, it's a series of continuous actions.
It's a belief which is almost a religion.
It's a journey. It's a life.
Sunday, December 1, 2013
Saturday, July 27, 2013
M.A.S.A
MASA tidak akan berputar kembali,
MAKA, lebih baik mengkhayalkan yang baik-baik untuk masa depan, daripada memikirkan apa yang boleh diubah pada masa dahulu,
KERANA, apa yang sentiasa ada dalam otak kita, adalah signal untuk THE UNIVERSE,
DAN, apa yang kita sebut-sebut selalu adalah DOA,
JADI, jika ada izin TUHAN, impian itu boleh menjadi kenyataan,
WALHAL, episod dahulu walau kerap dikenang, tidak akan membawa apa-apa faedah, malah membuang masa, yang, (ulang sekali lagi) tidak akan berputar kembali.

Monday, July 22, 2013
Isu-isu Pak Busu
1- Isu pasangan Alvin dan Vivian 'bergurau' tentang bulan Ramadan dengan gambar bak kut teh;
Tak terasa hati, cuma perasaan saya seperti "eh kurang cerdiknya". Pada saya buat apalah nak terasa, Islam adalah lebih besar daripada senda gurau orang-orang bodoh. Bagaimanapun, saya setuju tindakan diambil ke atas mereka, bukan kerana benci tapi kerana keadilan dan atas dasar mempertahankan maruah Islam. Semoga mereka akan lebih 'celik' selepas ini.
2- Isu anak kecil meninggal dunia akibat ditinggalkan 5 jam dalam kereta oleh ibunya (seorang guru) yang tergesa-gesa nak ke mesyuarat di sekolah, sehingga terlupa anaknya.
Mendengar perbualan orang di sekeliling tentang kejadian ini agak meng'amuse' kan saya. Of course, ramai yang pantas menyalahkan si ibu, dan tak kurang juga yang menyalahkan pihak sekolah sebab buat mesyuarat?
Saya ambil kata-kata abah saya saja; "Allah buat dia terlupa, itu ujian untuk dia. Kita pun Allah boleh buat terlupa juga."
Apapun kejadian itu satu teladan serta peringatan untuk semua. Moga-moga kita diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab.
3- Isu masjid/surau di sebuah negeri tak dibenarkan tazkirah ketika solat terawih;
Bak kata ustaz di masjid depan rumah saya, "Memang tak boleh bercakap pun masa solat!" hehe.. Pada saya kerajaan negeri bukannya tak nak bagi bertazkirah, tapi mungkin hendak mengelakkan tazkirah yang terlampau panjang, meleret-leret sampai jemaah jadi 'lemas' dan tidak fokus lagi untuk mendengar. Akhirnya apabila tiba masa untuk terawih, jemaah dah letih mental lalu kurang khusyuk (pengalaman sendiri).
Kalau ustaz-uztaz penceramah bijak menggunakan waktu dan menyampaikan tazkirah secara padat dan ringkas, tak akan timbul halangan seperti ini. Jemaah juga akan dapat lebih banyak manfaat. Mungkin sebab dah banyak kali terjadi, iaitu tazkirah bertukar menjadi ceramah, maka, orang Islam di negeri tersebut merasakan satu tindakan perlu diambil.
Pada saya walaupun hanya satu dua ilmu yang disampaikan tetapi dapat diingati jemaah adalah lebih baik daripada percakapan yang berjela-jela tapi akhirnya yang jemaah ingat hanyalah lawak jenaka ustaz tersebut.
4- Isu 'puisi' Imam Shafie sesat
"Tuhanku aku tidak layak masuk syurgamu. Namun aku tidak sanggup menghadapi nerakamu"
Sesat ke ayat ni?
Hanya para ulama dan tok-tok guru yang handal belaka yang diberi 'izin' untuk menjawab..
Yang saya pelik, ialah ustaz-ustaz yang tak bersetuju dengan kenyataan ini, memarahi ustaz yang mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mereka berceramah. Ok, mungkin mereka mahu memberi penjelasan pada orang ramai, untuk mengelakkan kekeliruan, tapi sampai ada yang memaki hamun dengan perkataan 'bodoh'?
Kalau nak marah, pergilah dekat ustaz tu depan-depan. Marah belakang-belakang ni 'coward' kata orang putih. Dan mungkin boleh jadi mengumpat juga. Tak elok tau orang-orang 'cerdik pandai' agama mengumpat. Wallahualam.
Sekian isu-isu Pak Busu..
Selamat berpuasa!

Saturday, July 20, 2013
kopi panas, kuih sagu
kopi panas kuih sagu
manis-manisan waktu malam
hati siapa tidak rindu
pada Tuhan semesta alam
kopi panas kuih sagu
ilham dari meja makan
tunduk sujud pada Yang Satu
moga diri diampunkan
kopi panas kuih sagu
kopi panas penyegar mata
semua jiwa tertunggu-tunggu
hari bertemu Maha Pencipta
kopi panas kuih sagu
kuih sagu dengan kelapa
merintih jiwa tidak berlagu
hendak mengadu pada siapa
kopi panas kuih sagu
bawa dari rumah bonda
syukur masih diberi waktu
syukur pada Rahmat KasihNya
manis-manisan waktu malam
hati siapa tidak rindu
pada Tuhan semesta alam
kopi panas kuih sagu
ilham dari meja makan
tunduk sujud pada Yang Satu
moga diri diampunkan
kopi panas kuih sagu
kopi panas penyegar mata
semua jiwa tertunggu-tunggu
hari bertemu Maha Pencipta
kopi panas kuih sagu
kuih sagu dengan kelapa
merintih jiwa tidak berlagu
hendak mengadu pada siapa
kopi panas kuih sagu
bawa dari rumah bonda
syukur masih diberi waktu
syukur pada Rahmat KasihNya
Thursday, July 18, 2013
Hai! Saya Yasmin.
Hai! Saya Yasmin. Hari ini saya berumur 4 bulan. Hobi saya adalah memasukkan kaki ke dalam mulut. Setakat ini profesion saya yang paling hebat adalah membuat mama dan ayah saya gembira.
Kadang-kadang saya buat mereka risau, sebab serangga seperti semut dan nyamuk suka gigit saya. Nak buat macam mana, saya memang manis orangnya.
Saya juga buat mereka letih (mentally and physically) melayan saya kalau mood tak elok atau perut meragam. Tak boleh salahkan saya tau sebab saya baru 4 bulan, orang umur 40 tahun pun moody! (dan kadang-kadang sakit perut)
Ini adalah saya selepas pooh pooh dua kali hari ini. Mulut saya cebik sebab tak suka tidur, saya mahu main!!
#nota kaki:
perkataan dalam huruf Italic telah ditambah oleh mama.

Thursday, July 11, 2013
Malam berbulan sabit
Pada malam berbulan sabit, lebih kurang 40 minit ke tengah malam, seorang ayah dan anak kecilnya sudahpun lelap. Si ayah melepas lelah daripada perjalanan yang panjang lagi sesak, manakala si anak tidur untuk membesar.
Suara zikir dari masjid berdekatan sudah tidak kedengaran lagi. Para jemaah yang sabar bersolat terawih sehingga 20 rakaat sudahpun pulang ke rumah masing-masing.
Dalam kesunyian ini si ibu tiba-tiba terasa seperti 'kosong'. Tiada siapa hendak diberikan perhatian, tiada permintaan hendak diturutkan.
Mengisi kesunyian kadangkala merungsingkan. Fikiran yang melayang jauh, berupaya menenggelamkan diri ke lembah hitam yang menakutkan. Suara sepi mengundang kenangan lama yang membawa bersama penyesalan, manakala percaturan masa hadapan diiringi kerisauan dan ketidakpastian.
Akhirnya si ibu memilih untuk bersyukur dan berdoa. Berdoa memohon keampunan kerana menyedari penyesalan tidak akan mengubah sejarah dan berdoa untuk masa depan yang baik kerana yakin dengan Kasih dan RahmatNya.
Syukur atas segalanya yang telah berlaku, dan yang sedang berlaku. Tanpa masa lalu tiadalah masa kini, dan masa kini iaitu pada malam berbulan sabit, lebih kurang 10 minit ke tengah malam, si ibu merasakan tiada yang lebih membahagiakan daripada melihat dua orang tersayang, iaitu si ayah dan si anak kecilnya lena diulit mimpi.

Wednesday, July 10, 2013
Ramadhan
Setiap kali datang Ramadhan pasti nostalgia.
Terkenang akan Ramadhan terdahulu; Ramadhan semasa kecil, Ramadhan di asrama dan Ramadhan pada zaman universiti. Setiap satunya mempunyai cerita tersendiri.
Terbayang wajah orang-orang tertentu yang dahulunya menjadi teman bersahur, berpuasa dan berbuka, namun kini sudah tiada atau 'hilang' seiring arus masa.
Teringat juadah-juadah kegemaran yang tidak dapat dinikmati lagi, samada daripada air tangan seseorang yang sudah pergi, atau terlalu jauh dari jangkauan.
Ayat-ayat dalam doa, yang sudah lama dilupakan bersama hasrat ketika Ramadhan waktu itu, tiba-tiba kembali, memberi kesempatan untuk bersyukur atas segala yang telah dimakbulkan dan dikurniakan Ilahi.
Bersama kerinduan dan kesayuan, Ramadhan turut memberi ketenangan yang sukar digambarkan, dan pastinya, saban tahun Ramadhan akan membawa harapan selain menawarkan 'diri'nya untuk menjadi batu loncatan bagi satu perubahan.
Syukur dengan rezeki untuk sekali lagi menyambut Ramadhan serta peluang mencipta memori baru bersama bulan istimewa ini.

Tuesday, July 9, 2013
Satu minit
Satu minit; tiada deruman enjin kereta, tiada raungan motorsikal, tiada jeritan kanak-kanak, tiada tangisan bayi, tiada suara perbualan, tiada ketukan tukul dan tiada bingit gerudi.
Satu minit; hanya ada bisikan kipas dan sahutan burung.
Dalam satu minit ini, Yasmin mengantuk. Mula-mula menguap, kemudian gosok-gosok mata, kemudian geleng-geleng kepala.
Seminit berlalu, Yasmin sudah lena, dan kesunyian berubah menjadi nyanyian, lagu dari hujan yang turun tiba-tiba.

Monday, July 8, 2013
Yang tak penting
Tong sampah dah melimpah,
tiga, daripada empat kerusi meja makan, tersangkut tuala dan baju kotor,
atas meja makan ada kulit epal, dua botol kosong Green Tea, gelas-gelas yang dah pakai, periuk nasi dan motherboard?
bawah meja ada bangkai serangga yang tak dikenalpasti spesisnya,
soft toys, buku-buku, kain lampin, tuala, kain pelekat, bantal, pen, earphone dan remote TV; berada di atas lantai, masing-masing pada lokasi yang tidak sepatutnya,
sinki dapur tak kosong,
tangga berhabuk,
baju kotor sebakul,
baju nak seterika selonggok,
di tengah-tengah semua ini, Yasmin sedang lena, letih agaknya belajar meniarap,
dan melihat dia, semua yang lain, jadi tidak penting.
kehidupan dan kesilapan
Jika hidup adalah rentetan kesilapan demi kesilapan, dan kita ditakdirkan untuk selalu berasa bodoh atau kelihatan bodoh di mata orang lain, maka bukanlah masalah besar untuk kita kelihatan bodoh kerana melakukan perkara yang benar.
Saturday, July 6, 2013
Solat
Solat itu sukarela.
Seseorang yang mengenal Tuhannya akan mahu solat. Mahu tunduk, mahu memuji, merayu dan memujuk Tuhannya.
Maka carilah Tuhanmu. Kenali dan fahami Dia melalui ciptaanNya.
Sungguh Tuhanmu lebih dekat denganmu daripada urat lehermu sendiri.

CUTI PANJANG
Bermula daripada 18 Februari sehinggalah hari ini aku bercuti. Dah hampir lima bulan. (Lama tuu.. tapi kenapa rasa sekejap je ye?) Cuti ini bukanlah cuti yang kosong, mungkin juga cuti yang paling 'berisi' dalam hidup aku.
Bulan pertama aku bercuti atas sebab perubatan, MC. Ceritanya pada pagi Isnin bertarikh 18 Februari itu aku mengalami pendarahan. Aku ingat lagi dalam perjalanan ke hospital aku dengar lagu Jason Mraz. Nak tenangkan perasaan yang sedikit cemas kerana ada kemungkinan aku nak bersalin hari tu.
Walaupun simptom nak bersalin dah ada, doktor bagi ubat untuk kurangkan. Seboleh-bolehnya dia mahu kandungan aku cukup bulan sebelum bersalin (due date 30 Mac) untuk pastikan paru-paru bayi kuat dan tak banyak masalah nanti. Doktor juga bagi MC supaya aku dapat rehat di rumah. Oleh sebab hampir tiap-tiap malam aku alami 'contraction' aku terus ber'MC' sampai sebulan.
Yasmin lahir betul-betul sebulan selepas itu iaitu pada 18 Mac, jam 5.37 petang.
*Yasmin, tiga bulan, botak!
Pengalaman bersalin normal sukar diceritakan. Sakit memang sakit, tapi kalau tanya aku sekarang macam mana rasa sakit tuh, aku sendiri dah tak ingat. Yang aku ingat ialah perasaan takut tak dapat jumpa Yasmin serta orang-orang tersayang yang lain masa aku dibiuskan untuk rawatan kecemasan, akibat pendarahan selepas bersalin. Satu ketakutan yang menginsafkan dan mengingatkan aku tentang siapa sebenarnya yang memegang kuasa terbesar untuk memutuskan segalanya dalam kehidupanku.
Tiga bulan seterusnya adalah cuti bersalin termasuk 45 hari berpantang. Pengalaman berpantang juga menarik sebab aku merasai sendiri bagaimana badan yang lemah (yang pada awalnya aku rasa macam tak boleh nak baik) menjadi kuat dan sihat sedikit demi sedikit.
Tempoh pantang diakhiri dengan PRU ke-13 pada 5 Mei. Jangan marah.. aku tak pergi mengundi.. ngehh..
Habis berpantang di rumah abah dan mama, aku dan Yasmin balik ke rumah kami dan bermulalah episod aku menjaga Yasmin sendiri. Pada awalnya takut-takut juga terutamanya bab nak mandikan si kecil ni, tapi sekarang dah biasa dah. Yasmin pun suka mandi. Diam je tak nangis pun. Baik anak mama.
Sepatutnya aku mula kerja pertengahan bulan lepas, tapi aku sambung cuti lagi. 46 hari cuti tahunan dan tiga bulan cuti tanpa gaji. Makanya aku hanya akan mula bekerja November nanti. Jangan jeles.. ngeehh..
Keputusan untuk ambil cuti panjang ni sebab aku nak jaga Yasmin sendiri. Sekurang-kurangnya hingga dia 'besar' sikit untuk hantar ke nursery. Itu rancangan buat masa sekarang, tengoklah kalau ada rezeki dapat seorang pembantu, mungkin tok abah dan tok mamanya boleh tolong jagakan. Sementara itu, kenalah mula cari nursery yang sesuai.
Selain menjaga Yasmin, cuti panjang ini aku harap dapat buat sesuatu yang berfaedah. Banyak yang aku rancang nak buat tapi hasilnya kena tunggu dan lihat. Semuanya bergantung pada disiplin diri sendiri yang selama ini tak seberapa disiplinnya.
Mungkin juga matlamat mendisiplinkan diri itu patut dimasukkan dan diletakkan paling atas dalam 'what to do list' aku. :-p
Signing off dulu.. nanti sambung cerita..
Selamat malam..

Thursday, April 4, 2013
Yasmin
According to wikipedia, Yasmin is an old Persian word which refer to white flowers, also known as Jasmine or Melur in Bahasa Melayu.
To my daughter Yasmin Marzukhi, the name Yasmin is mama and ayah's prayer for you.
May you have a pure heart like the whiteness of a the yasmin flower. May you blossom beautifully and fill the world especially people around with your sweet scent.
Most importantly, Yasmin is a flower, a creature of the earth. Like all earth creatures, they proudly and gratefully accepted who they are, (even those tiny ants), and play their parts in this world diligently. They are always humble and have taqwa to Allah. We pray, as your name symbolizes the earth element, that you will emulate and practice these good attributes at all times in your life.
Take note that you don't have to be like anyone else. You only have to be the best of yourself, Insya Allah.
Mama loves you sayang.. muuahh!

making things hard on ourselves
I wonder why we human or Muslims like to make things hard on ourselves.
The rules and guidelines in the Quran, are stated simple, precise and easy enough to understand, but why we like to make things hard on ourselves? Many prefer to follow humanly opinions that are harder to practice, made more complicated and more detailed, and sometimes get a little too far from the Quran's explanations.
Why? Is it because they (the Quran's verses/explanations) are too simple? sound too general? too easy? that we Muslims don't feel satisfied with the Quran?
Number one rule of a sahih hadith is that it should never, ever, defer from the Quran. And the Quran should always comes first. So, why we worry too much on what the ulamak's assumption/assessment of what the Rasullah had said or thought, when the Quran is there to verify and clear most matters.
The Muslims community has become solely depended on the ulamak's opinions. We treat the ulamak kitab/books like law. We discourage other Muslims to read the Quran tafsir by themselves, afraid that they might form opinions that are different from the ulamaks.
We, the Muslims, can never thrive if we continue to be this way. The blooming development of knowledge and technology was made possible by the Muslims in the early years of Islam civilization because it was free from this kind of creativity 'barrier'. But when the Islamic community, the sunni namely, established the so called four main school of ulamak, the development of knowledge and technology showed a decrease and later on was taken by other civilizations. We Muslims had ever since become trapped by the schools' or the ulamaks' disposition.
Many might not agree with me. Some would think I am not qualified to write this and my opinion is merely an opinon of a 'jahil', a fool's fancy. Think whatever you like, if you ever THINK at all.
~ I declare that I am not an anti hadith ~

Subscribe to:
Posts (Atom)