Friday, January 3, 2014

kotaku

Kotaku Kuala Lumpur
terhimpun pelbagai bangsa dan rupa
yang berkulit gelap, yang putih kuning, yang sawo matang
yang pucat keletihan, yang bercalit warna
masing-masing dengan 'fashion statement' tersendiri 
menjeritkan identiti
mungkin agamanya, mungkin pemikirannya, mungkin profesionnya, mungkin juga seksualitinya
berjalan bawah terik mentari
bermandi bahang Khatulistiwa 
dalam hiruk-pikuk kenderaan dan ketuk-ketuk pembinaan
yang hampir menenggelamkan suara-suara
yang berbicara seribu bahasa
 
Pada tengahari ini, di satu sudut kota,
di tengah ramai, kami mencari damai
aku dan dia, berdua
 
  

Thursday, January 2, 2014

benarkah maaf?

kadang-kadang hati terluka
namun hati ini juga cepat untuk tidak mempedulikan
adakah itu kemaafan?

atau hati sengaja mengenepikan dahulu perkara itu
untuk dibangkitkan dan difikirkan pada satu masa kemudian?
yang pasti hati tidak melupakan, walaupun memahami keadaan

memahami bukanlah bermaksud menerima
apapun, semoga benar ia satu kemaafan

checklist 2014

1. Solat

2. organize

3. cook

4. read and learn more

5. write frequently - keep a daily journal

6. read and hafaz surah from the Quran - a surah per month

7. care & give





philosophy from the unwise


Love is not just a feeling, it's a series of continuous actions.

It's a belief which is almost a religion.

It's a journey. It's a life.