Saturday, December 11, 2010

waktu yang begini

waktu yang begini
sangat menyeksakan
saat-saat aku sendiri
tanpa kamu di sisi

waktu yang begini
fikiranku seakan terpisah dari jasad
sukar melakukan sesuatu
bila asyik terbayang senyumanmu

waktu yang begini
seperti mimpi
imaginasiku ligat bermain-main
hingga aku sering melihat dirimu
dalam mata orang lain

waktu yang begini
aku perlu kuat
walaupun tak mudah
apatah lagi bila kekuatanku (iaitu kamu!)
tiada di sisi
pada waktu ini

aahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...
waktu yang begini...................

Sunday, December 5, 2010

Cinta

Cinta?

Cinta perlu pengorbanan. Tapi kalau benar-benar cinta, pengorbanan tidak dirasakan seperti pengorbanan.

Cinta tidak akan benar-benar dihargai dan dijaga, jika tak pernah kehilangannya.

Cinta boleh buat orang jadi buta dan kadang-kala gila.

Cinta itu murni dan suci.

Cinta sejati kekal abadi.

Cinta adalah roh pada kehidupan.

Cinta, jalan mengenali Tuhan.

Saturday, December 4, 2010

Kerja

Kerja seorang wartawan adalah menyampaikan berita dan maklumat. Sebaiknya apa yang disampaikan itu benar dan berunsur positif kepada pembaca.

Kadang-kadang 'air tangan' penulis menjadikan cerita itu sedap dibaca tapi faktanya kurang tepat. Kadang-kadang cerita memang membosankan tapi faktanya betul.

Yang paling sedih, apabila maklumat yang diperoleh diolah dan diputar-belitkan supaya ceritanya menjadi sensasi, tapi apabila dibaca tak sedap pun. Malah, ramai yang tak sanggup nak baca sebab tajuknya saja dah melampau atau menjelekkan.

Jadi, apa yang penting? (kerjasama..) Yang penting ialah niat. Sebaiknya biarlah murni. Kalau kerja semata-mata kerana kerja atau duit saja, kosong jiwa. Kalau nak mencari nama, nama cuma sementara.